Undercut Terbaru Selena Gomez Mungkin Menjadi Trend

Selain gelarannya sebagai Ratu Instagram dengan jumlah followers paling ramai, Selena Gomez juga dikenali dengan tabiatnya untuk menukar stail rambutnya tanpa mengikut trend. She's a trendsetter!
Jika sebelum ini kita pernah melihat dia bermain dengan potongan bob, lob, bangs, dan juga rona perang sebelum ini, Gomez kini tampil dengan potongan yang lebih segar dan baru yakni potongan undercut. Menampilkan potongan terbarunya itu melalui Instagram, Gomez yang kini berada di Jerman untuk kolaborasinya bersama Puma memikat hati ramai dengan pilihannya kali ini.
Foto yang dikongsikan Gomez itu menunjukkan rambutnya kemas ditocang dan pada dasarnya potongan diperkatakan yang turut digayakan oleh penggaya rambut kegemaran Gomez, Marissa Marino. “My girl #selenagomez at it again...she loves to keep me on my toes! Thanks @timduenashair for making her undercut dreams come true!”
Apa pula yang bakal dilakukan oleh Gomez selepas ini kepada rambutnya? Pixie? Potongan buzz? Rona liar? We will just have to see.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Jul 06, 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Jul 06, 2026
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Jul 06, 2026
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
Jul 06, 2026
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Jul 03, 2026
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jul 03, 2026
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Jul 03, 2026
