‘Sunset Blush’ Mendominasi Trend Solekan Terkini
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioSama seperti fesyen, kecantikan juga turut mempunyai trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Trend solekan ‘Sunset Blush’ menjadi satu trend terkini yang sedang hangat di aplikasi Tik Tok! Namun, apa sebenarnya trend Sunset Blush ini?
Bayangkan anda sedang berjalan di pantai tropika sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Keindahan warna langit berwarna oren, merah jambu dan lata keemasan yang pastinya mempersonakan. Kini, keindahan warna langit itu diinovasi ke dalam dunia kecantikan! Di aplikasi Tik Tok, tercetusnya satu trend yang dipanggil ‘Sunset Blush’. Ramai penggemar kecantikan approved dengan trend solekan terbaru ini, jom ikuti GLAM Cantik terokai tentang trend kecantikan terbaru ini.
@alissajanay1 If only i was at the beach rn 🥲
‘Sunset Blush’ Trend Kecantikan Terkini Untuk Dicuba!
Trend Sunset Blush mungkin menjadi trend yang terbesar buat musim panas kali ini! Solekan yang diinspirasi oleh suria ini tercipta apabila seorang pempengaruh kecantikan, Alissa Janay memuat naik video tutorial solekan yang digelar Sunset Blush. Video dengan 8.4 juta tontonan itu bukan sahaja mendapat populariti, namun ramai yang jatuh cinta dengan hasil solekannya. Janay menonjolkan dua warna cerah pemerah pipi, dengan gabungan highlighter dalam bentuk cecair. Dia kemudian menyapu kesemua gabungan itu lalu menghasilkan solekan yang sungguh mempersonakan. Seolah keindahan matahari terbenam namun pada solekan. Ramai berpusu-pusu memberi pujian akan kreativiti tersebut dan ramai yang cuba meniru semula trend kecantikan Sunset Blush ini.

Jika anda ingin mencuba trend solekan ini, mulakan dengan pemerah pipi merah jambu terang pada tulang pipi. Seterusnya, letakkan juga sedikit pemerah pipi berwarna oren terang di bawahnya dan highlighter pada atasnya. Namun, mencampurkan tiga pigmen berbeza boleh menjadi rumit untuk satu hasil yang sempurna. Tip untuk trend solekan ini adalah memilih produk dengan konsistensi yang sama. Di mana, memilih dua warna pemerah pipi cecair serta highlighter yang juga dalam bentuk cecair. Kesannya, pemerah pipi anda akan sebati dengan cantik dan mencipta sunset-effect yang menawan.
GLAM Cantik Kongsikan Senarai Alat Solek Yang Boleh Dicuba Untuk Trend Terkini ‘Sunset Blush’
1. Rare Beauty Liquid Blush

Foto: Sephora
2. Huda Beauty Blush Creamy Lip & Cheek Stain

Foto: Sephora
3. E.L.F Liquid Blush

Foto: E.L.F Cosmetic
4. Fenty Beauty Liquid Killawatt Fluid Freestyle Highlighter

Foto: Sephora
5. Iconic London Instant Sunshine Bronzing Drops

Foto: ICONIC LONDON
Artikel berkaitan: Trend ‘Quite Luxury’ Semakin Popular Dalam Dunia Kecantikan
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
