fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kempen Terbaru SK-II Menampilkan Victoria’s Secret Angel Behati Prinsloo
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
Olesan Ultra Sempurna
3 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Makanan Tambahan Suplemen
Tip Bulu Mata Palsu
Home > Cantik > Rahsia Teknik Aplikasi Highlighter Selena Gomez

Rahsia Teknik Aplikasi Highlighter Selena Gomez

Dengan bilangan pengikut seramai 128 juta, siapa sahaja yang tidak perhatikan gerak geri pelakon dan penyanyi Selena Gomez. Dari segi gaya kehidupannya, fesyen, sehinggalah rutin kecantikannya.

 

Selain sering menukar stail rambutnya, Selena juga sering dilihat mengenakan solekan yang membuatkan dirinya kelihatan glowing namun pada masanya tampak sangat natural. Untuk solekannya yang sentiasa menawan Selena menggunakan bakat jurusolek Hung Vanngo, yang juga mempunyai barisan client seperti Paris Hilton, Miranda Kerr, Alessandra Embrosio, Emily Ratajkowski, dan Kaia Gerber.

 

A post shared by Hung Vanngo (@hungvanngo) on

Baru-baru ini Hung telah berkongsikan satu tips menggunakan highlighter yang anda juga patut ikuti. Melalui akaun Instagramnya, Hung menampilkan foto Selena selepas dia sudah bersiap untuk meluangkan masa malamnya di New York dengan solekan signatur yang membuatkan Selena bersinar walaupun berada dalam bilik yang gelap.

 

Teknik yang digunakan oleh Hung adalah menggunakan highlighter (luminizer) pada kelopak matanya untuk menggantikan pembayang mata. Mengaplikasikannya pada bahagian sisi matanya, di bawah tulang kening, dan ke atas eyeliner Selena untuk efek yang lebih berkilau dan tidak keterlaluan.