Mengejar Keharmonian Kulit Remaja - Glam Malaysia

Mengejar Keharmonian Kulit Remaja

Diformulasikan bersama teknologi micro-fluidic, Skin Caviar Harmony L’Extrait mengimbangi keharmonian kulit remaja. Serapan tekstur lembut buat permukaan wajah tegang serta-merta.

Harmoni itu adalah istilah intrinsik terhadap alam semula jadi lambang kesimbangan. La Prairie mencari dinamik kesinambungan dan keharmonian yang dikawal menerusi emosi, ilham seni dan sains. Diilhamkan oleh Bauhaus, La Prairie berjaya menemui unsur mengembalikan kulit remaja melalui usaha saintifik yang fokus kepada ligamen kulit. Untuk tahun 2022, ritual Skin Caviar bermula dengan keharmonian dan La Prairie memulakan anjakan paradigma, yakni daripada elemen kulit secara mendatar kini lebih fokus pada dimensi menegak.

Penjagaan kulit wajah ini ibarat seni bina yang mempunyai elemen mendatar dan menegak. Segalanya terletak pada ligamen kulit. La Prairie adalah jenama terkenal dengan pendekatan rapi menerusi maklumat saintifik, kajian dan juga teknologi. Produk terkini, Skin Caviar Harmony L’Extrait mengembalikan kestabilan struktur kulit dan mengurangi garisan kedutan secara serta-merta. Kehadiran Caviar Infinite, mengangkat produk ini sebagai solusi terbaik dalam menangani masalah penuaan dan menegang kulit tanpa anda sedari. Turut diformulasikan dengan teknologi micro-fluidic yang menampilkan tekstur seperti manik halus dan apabila terkena pada kulit wajah , teksturnya akan berubah menjadi ekstrak ringan sehingga kulit mula terasa tegang dan licin bab kemasan satin.

See also
Dandanan Edgy Baharu Emma Roberts!

Ligamen kulit adalah struktur paling unik yang membentuk kepada fleksibel yang kuat di bahagian hipodermis. Kehadirannya adalah tiang keharmonian! Jika tidak stabil struktur pada asas, ligamen akan menjadi lemah dan mulalah wajah akan mula kelihatan kendur, kontur hilang dan kedutan lebih terserlah. Untuk merawat masalah ini, La Prairie menjalinkan kerjasama dengan makmal bioanalisis Switzerland untuk memperkukuhkan kajian terhadap komponen ligamen kulit.

Sebelum anda mengecapi kulit remaja, lakukan ritual penjagaan kulit bersama rangkaian Skin Caviar. Selepas wajah dibersihkan, mulakan penggunaan Skin Caviar Harmony L’Extrait dan sapu dengan dos yang sempurna. Setelah itu, lengkapkan rutin bersama Skin Caviar Essence-In-Lotion. Untuk tambahan buat kulit tegang, gandakan bersama Skin Caviar Liquid Lift dan Skin Caviar Luxe Cream barulah wajah berseri hingga ke dimensi baru. Dari segi rekaan pembungkusan Skin Caviar Harmony L’Extrait yang diinspirasikan oleh Bauhaus menyentuh kepada dualiti bentuk dan fungsi yang dinamik. Vial kaca berona kobalt biru ini merangkumi formula mujarab, di mana pantulannya mencipta kesan keharmonian luar biasa.

See also
5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin

La Prairie menyokong pergerakan Bauhaus dalam memberi inspirasi kepada progresif wanita daam ekspresi artistik dan paradigma pendidikan. Sebagai penghormatan untuk legasi ini, La Prairie memperkenalkan Women Bauhaus Collective yang mentafsir semula karya seni kreatif wanita untuk mencapai keharmonian. Dibimbing oleh pereka pemenang anugerah, Sabine Marcelis serta lima bakat muda dari graduan sekolah seni dan reka bentuk terkemuka dunia. Termasuklah ECAL Switzerland, Arts Décoratifs di Paris, Central Saint Martins di London, Institut Reka Bentuk Hong Kong dan The School of Institut Reka Bentuk di Chicago. Setiap karya mereka dipersembahkan melalui pameran maya yang dihoskan hanya di laman rasmi laprairie.com.

Artikel berkaitan White Caviar Ramuan Mewah Tiada Tandingan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan Skin Caviar Harmony L’Extrait ini, satu pelancaran eksklusif bakal berlangsung di Atrium Selatan, tingkat bawah The Gardens Mall dari 19 September- 2 Oktober 2022. Atau anda boleh layari ke laman rasmi Instagram La Prairie.