Lisa Blackpink Adalah Wanita Tercantik Di Asia, Ini Fakta Mengejutkan Tentang Dirinya
Kumpulan Blackpink, sebuah kumpulan wanita dari Korea Selatan kini sudah tidak asing lagi dan makin mendapat tempat bukan saja di Korea namun di seluruh dunia. Dianggotai 4 gadis menawan, dilihat semakin mendominasi dunia muzik dengan naskah mereka, apatah lagi baru-baru ini Blackpink mencatat sejarah kumpulan Korea pertama yang mendapat tontonan 1 bilion di YouTube menerusi lagu Du Duu Du Duu.

Dan baru baru ini, kumpulan Blackpink sekali lagi menggoncang dunia apabila kesemua daripada mereka tersenarai dalam senarai Wanita Tercantik Asia, di mana Lisa dinobatkan gelaran tersebut.

Jennie pula unggul di tangga ketiga! Lisa meraih undian tertinggi daripada peminat dalam satu kajian dikeluarkan oleh TCC Asia.

Dua orang ahli Blackpink tidak begitu jauh, Rose menduduki tangga ke 13 dan Jisoo berada pada kedudukan 22. Setiap tahun, syarikat induk TCC Asia iaitu TC Candler, menilai menerusi kajian survey lelaki dan wanita dari seluruh dunia sejak tahun 1990. Sementara itu, jom ikuti beberapa fakta menarik tentang Lisa Blackpink yang tidak semua tahu. (Foto: Wikipedia)
Pilihan Bacaan Seterusnya
Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT
Jun 02, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026

