Lima Selebriti Hollywood Yang Komited Vegan - Glam Malaysia

Lima Selebriti Hollywood Yang Komited Vegan

Hari ini semakin ramai orang tidak mengambil makanan berasaskan haiwan atau daging, mereka lebih senang dengan menikmati sajian berasaskan tanaman sahaja. Vegan dan vegetarian bunyinya sama tapi ia berbeza. Vegan merujuk kepada orang yang tidak mengambil makanan berasakan haiwan manakala vegetarian pula masih terbuka mengambil makanan atau produk yang sumbernya daripada haiwan seperti telur dan susu. Jom kenali lima bintang Hollywood tersohor yang tidak mengambil makanan berasaskan haiwan yakni vegan.

NATALIE PORTMAN
Saya pernah menghadiri satu majlis di Tokyo dan bintang undangan pada waktu itu ialah Natalie Portman. Makanan di majlis itu semuanya bebas daging atau haiwan. Menurut majalah ELLE UK bintang ‘Black Swan’ ini mula menjadi seorang vegan pada usianya masih sembilan tahun lagi. Walaupun dia seorang vegan namun dia tidak menentang mereka yang memakan daging kerana baginya semua orang berhak membuat pilihan sendiri. Malah suaminya juga bukanlah seorang vegan.

SIA

Penyanyi yang lebih selesa menutup wajahnya ini sudan komited sebagai vegan sejak tahun 2014. Tahun lalu juga Sia ada mengumumkan bahawa dia akan menyertai uji bakat untuk dokumenteri berkaitan dengan vegan berama Rooney Mara dan Joanquin Quin.

See also
Kylie Lip Kit Bakal Lancarkan Kemasan Glitter?

Klik: Rahsia Diet Selebriti Korea

ROONEY MARA
Pastinya dia seorang vegan sementelah dia sendiri punya label fesyen vegan sendiri yang dinamakan Hiraeth. Dia mengusahakan himpunan fesyen tersebut bersama teman baiknya, Sara Schloat. Kakak kepada Rooeny Mara juga seorang vegan.

BEYONCE
Jika anda pernah menonton video persembahan Beyonce di Coachella, pastinya anda sedar yang dia seorang vegan. Dia cukup patuh dalam soal pengambilan makanan. Dan bukan dia seorang sahaja vegan dalam ahli keluarganya, suaminay Jay-Z turut tidak memakan daging. Malah Beyonce juga pernah berkongsi pemakanan juga senaman yang dia lakukan sebaik sahaya melahirkan anak kembarnya pada Jun 2017.

ARIANA GRANDE
“Saya lebih menyayangi haiwan daripada manusia, dan saya bukan berjenaka,” ujar Ariana Grande dalam satu temubualnya bersama majalah Mirror. Ariana juga pernah menghantar ciapan di Twitter dan mengakui dia mengamalkan pengambilan makanan organik sejak kecil dan hari ini dia seorang vegan 100 peratus. Ariana juga percaya vegan juga mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

See also
Sambutan Krismas Paling Megah Edisi Selebriti Hollywood

Baca: 8 Cara Detoks Semula Jadi