"Kita Kenal Badan Kita Sendiri," Nadia Brian - Glam Malaysia
Nadia Brian

“Kita Kenal Badan Kita Sendiri,” Nadia Brian

Saya sudah lama mengenali Nadia, dan sudah beberapa kali melakukan penggambaran dengannya. Satu perubahan ketara yang saya lihat padanya adalah kulit wajahnya. Dulu pernah sekali kulitnya ‘berlubang’ dan berjerawat, tapi hari ini kulit wajahnya berbeza, licin dan mulus, bezanya ketara. Menurut Nadia bermacam-macam cara diusahakan, sampaikan tidak tahu yang mana satu memberi kesan kerana semuanya dicuba. Alhamdulillah usahanya itu memberi hasil. Hari Ini Nadia bisa tersenyum melihat wajahnya mulus kembali.

Bila membuka mulut berbicara tentang kecantikan, menurut Nadia dia percaya kepada kecantikan itu Bermula dari dalam. Dalam bukanlah semata-mata perlu berhati baik, itu klise, baginya penjagaan dalaman khususnya dari segi pemakanan dan aktiviti kecergasan yang akan membuat kita tampil menarik. “Saya makan supplement seperti multivitamin, fish oil, vitamin C dan saya banyak minum air kosong. Bila umur meningkat metabolisme pun berkurangan jadi kita sendiri kena naikkannya dengan penjagaan makanan dan juga bersukan.”

nadia Brian

Menurut Nadia dia seorang yang tidak betah duduk Sahaja, jika terasa lama duduk di rumah bermalas-malas dia rasa bagai ada yang tidak kena. Jadi dia sering melakukan senaman di rumah. “Setiap hari wajib untuk saya keluarkan peluh. Di rumah saya ada booty band dan saya gunakan itu sebagai alat bantuan untuk bersenam. Kita kena disiplin dan juga jujur pada diri sendiri, usahlah bersenam dengan niat untuk ambil gambar dan muat naik di media sosial sahaja. Kita sendiri tahu kita betul-betul bersenam atau tidak. Saya biasakan diri dengan glute workout dan jadukan YouTube sebagai panduan.” Bila disoal tentang pemakanan, Menurut Nadia sudah dua tahun dia tidak makan nasi putih sebaliknya digantikan dengan beras perang dan paling yang digemarinya ialah kuskus. “Tapi bila ada kenduri atau Hari Raya ke, saya makanlah juga. Tapi lepas tu pandai-pandai kita jaga. Lagi satu kita sendiri kena kenal badan kita, macam saya kalau salah makan atau terlebih snek, muka saya mudah naik jerawat.”

See also
Di Sebalik Makna ‘Resilient’ Sublimic Fuente Forte

Kongsi Nadia lagi dia sudah ‘bergelumang’ dengan dunia kecantikan seawal usia 16 tahun. Dia menyambung persekolahan di Sekolah Teknik Kuala Kangsar dalam jurusan kecantikan, jadi sejak sekolah dia suah terbiasa dengan hal-hal kecantikan. “Untuk jumpa produk yang sesuai dengan kita, kita kena cuba bermacam-macam produk sehingga jumpa yang serasi. Dan kalau boleh produk penjagaan kulit yang kita pakai pilihlah yang diperbuat daripada bahan semula jadi atau organik. Kita dan selalu bersolek, bahan-bahan mekap selalunya ada bahan kimia, jadi nak seimbangkannya kita bersih dan belai muka dengan produk natural.”

“Selalunya saya amalkan double-cleansing. Pertama untuk bersihkan mekap kemudian untuk cuci muka secara keseluruhan. Kita perlu ambil masa untuk belai diri, bila kita berlama-lama membelai kulit secara tidak langsung sebenarnya kita menghargai diri sendiri. Take our own sweet time. Sebulan sekali saya akan pergi buat rawatan muka.”

“Bagaimana Nadia pastikan diri kekal positif?” “Siapa orang disekeliling saya? Saya perlu pastikan saya bergaul dengan orang yang boleh beri saya nilai positif. Alhamdulillah keluarga saya sangat menyokong, begitu juga dengan kawan-kawan. Ibu saya pula menyambung pelajaran dalam bidang psikologi, jadi dia pun banyak membantu. Bila perlu saya akan berjumpa kaunselor. Di Malaysia kita ada dua jenis kaunseling, satu yang menggunakan pakai teori moden dan satu lagi yang menggunakan pendekatan agama. Saya cuba kedua-duanya. Apa yang berlaku sebelum ini saya banyak dapatkan khidmat kaunselor. Bila berjumpa dengan kaunselor yang berkaiatan agama, amereka akan kongsikan ayat-ayat yang elok untuk kita amalkan. Bila stres, bernafas pun ada tekniknya untuk kita paraktikkan supaya kita berasa tenang.”

Dan Sebelum mengakhiri bicara cantik kami, Nadia sempat berkongsi satu amalan cantiknya. “Saya akan selitkan minyak essential bunga mawar dalam apa-apa rutin kecantikan saya. Saya titiskan dalam pencuci muka dan krim pelembap misalnya. Setitis sudah cukup sebab bunga mawar ada auranya tersendiri. Berkurun lamanya orang menggunaka pakai bunga ros dalam dunia kecantikan. Bunga mawar dan perempuan memang ada hubung kait yang kuat,” kongsinya.

Artikel Berkaitan: “Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,”- Yasmin Hani