Gimik Cantik Dua Ratu Latina Di Pentas Super Bowl LIV

Gambar Getty Images
Jennifer Lopez dan Shakira akhirnya bertemu kembali di pentas yang sama. Cipta fenomena tersendiri dengan persembahan cukup bertenaga malah lantai dansa panas dengan paduan gimik duo Ratu Latina. Jika gerak tari memberi impak, sudah tentu gaya solekan dan dandanan dua selebriti terkenal menjadi bualan. Intip apa rahsia mereka kelihatan bersinar dan cantik di sepanjang persembahan.
Gambar Instagram Tom Bachik
Walaupun tampil hanya dalam separuh masa di pentas Super Bowl LIV, Jennifer Lopez tetap tampil persis wanita angelic cukup lengkap dari head-to-toe. Dandanan rambut berombak kembang dan solekan glow-metallic di samping berbusana lengkap Versace. Menurut Tom Bachik, perias kuku Jennifer Lopez, inspirasi kukunya adalah tribute kepada Versace dengan hiasan batu kristal Swarovski yang menyerlahkan keseluruhan penampilannya.
Gambar Instagram Tom Bachik
Sebelum acara kemuncak, Shakira dikatakan membuat persiapan rapi dalam rutin workout hanya untuk memastikan dia bertenaga di malam separuh masa Super Bowl LIV. Mengamalkan rutin kardio fitness intensif, dia bukan calang-calang wanita! Shakira mengangkat kecantikan asli wanita Latin saat berada di pentas Super Bowl LIV. Gaya lincahnya dan tarian mengundang sorakan ramai. Dia senang dengan ilham solekan nipis dan fresh bersama mata glitter warna merah dan tidak lupa dandanan rambut berombak sudah cukup melengkapi keseluruhan gayanya di malam kemuncak Super Bowl LIV.
Gambar Instagram @Shakira
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sorotan Buat Pementasan Koleksi Louis Vuitton Menswear SS27
Jun 24, 2026
Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Jun 24, 2026
GLAM It Girl: Elena. C
Jun 24, 2026
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Jun 24, 2026
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Jun 24, 2026
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthalle
Jun 24, 2026
Ritual UV Baharu Dior
Jun 24, 2026
