Dior Forever, Tambah Lagi Produk Dalam Keluarganya
Dior Forever menambah lagi produk baharu dalam rangkaian sedia ada, dan ini membuatkannya terus menjadi rangkaian asas solekan paling digemari peminat Dior. Dior Forever memang sudah berjaya menambat hati sejak ia diperkenalkan. Sejak wajah Natalie Portman menghiasi kempennya beberapa tahun dahulu, Dior Forever berjaya mengubah persepsi bedak asas dari jenama Eropah tidak sesuai dengan ton kulit wanita Asia. Namun persepsi itu berubah sejak Dior Makeup melancarkan himpunan ini, kepelbagaian warna membuatkan bedak asas ini menjadi kesukaan ramai, apatah lagi ia turut divariasikan dengan pilihan kemasannya- pusam dan glow.
Tampak asli, selesa dan tahan lama adalah tiga kunci utama dalam senarai semak solekan. Dior merealisasikan impian semua menerusi rangkaian Dior Forever, hajat mereka mahu meletakkan wanita pada tempat seharusnya, kata mereka menerusi kempen ini ‘Put women into the spotlight, where they belong. Forever’.

Bedak asasnya dan juga bedak kusyennya sudah jadi kesukaan ramai wanita seluruh dunia sejak dilancarkan. Selain kualiti pada tekstur juga kemasan sapuannya, rangkaian bedak asas ini punya banyak ton warnanya menjadikan ia satu rangkaian yang cukup universal.
Rangkaian solekan ini adalah karya makmal Dior yang mengandungi manfaat seperti produk penjagaan kulit. Dior menyuntik lebih kurang 86 peratus ekstrak bunga-bungaan dalam rangkaian ini, yang mana ekstrak inilah yang menjadi kunci utama dalam memastikan kulit kekal lembap dan sihat sepanjang kulit dibaluti bedak.
Artikel Berkaitan: Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna
Tahun ini Peter Philips bersama Dior melancarkan tiga lagi produk untuk memeriahkan lagi rangkaian ini. Antara tiga produk itu ialah Dior Forever Skin Veil SPF 20, iaitu asas solekan yang punya kualiti lembapan yang lebih ekstrem. Kedua, mereka memperkenalkan Dior Forever Cushion Powder, bedak kusyen yang boleh dibawa kemana-mana sahaja untuk memastikan solekan nampak segar. Dan yang ketiga (saya cukup sukakan ini), Dior memperkenalkan Dior Forever Perfect Fix, iaitu semburan wajah yang menyegarkan, disemburkan selepas siap bersolek.

“Idea asalnya ialah mahu mencipta lapisan yang mengunci solekan, sesuatu yang ringan dan mudah begitu juga dengan semburan wajah. Perfect Fix mengunci solekan dengan mudah, ringan dan punya efek yang menyegarkan yang mana ia mengandungi kepekatan air sebanyak 90 peratus. Ia menyediakan penghidratan dengan segera. Formulanya dikembangkan untuk digunakan di dalam mikroroplet yang menghasilkan rasa segar dalam lapisan tipis bedak asas, membuatkan solekan kekal tanpa membuat kulit terasa berat dan rimas,” kongsi Peter Philips saat bercerita tentang idea dan proses pembikinan Bintang bahar dalam koleksi ini.
Artikel Berkaitan: Dior Makeup Perkenalkan Stick Blush Pertamanya
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
