Ekstrak Madu Lebah Hitam Untuk Kulit Awet Muda - Glam Malaysia

Ekstrak Madu Lebah Hitam Untuk Kulit Awet Muda

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kulit makin muda, tiada lagi kedutan degil! Guerlain tampilkan Abeille Royale Advanced  Youth Watery Oil terbaru bersama ekstrak madu sebagai rahsia kulit awet muda.

Legasi jenama penjagaan kulit wajah mewah, Guerlain tiada tolok bandingannya. Sejak 2010, Guerlain perkenalkan Abeille Royal iaitu rangkaian penjagaan kulit wajah dalam meremajakan kulit yang berasaskan madu lebah. Saban tahun, setiap produk terhasil melalui proses cukup inovatif dan efektif untuk setiap jenis kulit.

Where Bees Meet Science. Produk Abeille Royale merupakan ciptaan cukup berinovatif. Ianya telah terbukti melalui kajian yang dibuat di Beelab, juga melalui beberapa proses biologikal berkenaan meremajakan kulit wajah. “ Skin that heals poorly from within is skin that ages faster,” kata Dr Frederic Bonte, Direktor Penyelidikan Guerlain. Eksperimentasi ini ambil masa 10 tahun sebelum terciptanya formula dengan bahan aktif seperti madu lebah. Terbaru, madu lebah hitam dari kepulauan Quessant serta madu dari Corsica di Perancis, Ikaria di Greece dan Aland di Finland membantu proses melambatkan proses penuaan kulit wajah lebih efektif, lebih natural dan kulit melalui mekanisme antara sel neuronal.

See also
Kami Obses Dengan Gaya Rambut Pendek Daiyan Trisha

Teknologi dinamik madu lebih hitam ini kunci utama untuk Abeille Royale Advanced Youth Watery Oil. Kulit akan terawatt sendiri sebanyak 9 kali ganda, hasilnya kulit lebih anjal, licin, bersinar dan tampak muda dengan hanya 8 jam selepas pemakaian. Di sebalik rahsia utama Abeille Royale, ramuan aktif seperti Royal Jelly juga setia berada dalam kelalang emas ini. Royal Jelly merupakan bahan paling bernilai kerana ia punya pelbagai khasiat seperti nutrisi tinggi, protein, lipids, Vitamin B3 dan B5.

“ Skin that heals poorly from within is skin that ages faster,”

Dr. Frederic Bonte

Tekstur semewah minyak, sehebat serum dan seringan air itulah kenapa Watery Oil paling digemari sejak diperkenalkan. Hasilnya sangat luar biasa, segalanya pantas walaupun dengan sekali aplikasi pada kulit wajah. Sebab itu ia digelar “ Magic Oil”. Pada tahun 2017, ia diformulasi kembali dan menjadi produk pertama terlaris di Asia pada tahun 2020.

Bentuk kelalang emas cukup gambarkan betapa mewahnya setitis Abeille Royale Advanced Youth Watery Oil. Botol ikonik ini direka kembali, bentuk honeycomb dalam geometri melengkapi produk terlaris ini malah ianya juga selamat untuk persekitaran kerana punya 10 % bahan kitar semula.

See also
Rawatan Cantik Holistik Di Medi Beaute

Artikel berkaitan Guerlain Aqua Allegoria Perkenal Dua Lagi Haruman