Diari Cantik Bersama Angel

Diari Cantik Bersama Angel

Diari Cantik kali ini istimewa! GLAM mendekati Angel, salah seorang ahli kumpulan Dolla yang menawan. Jom kita kenali lebih dekat gadis jelita ini—rutin kecantikan kegemaran yang sering diamalkannya dan produk kecantikan yang wajib ada dalam koleksinya.

1. Sebagai penyanyi yang sering tampil di atas pentas, apakah produk solekan yang anda tidak boleh tinggalkan?

Gincu adalah pilihan utama saya. Ia bukan sekadar produk solekan, malah mampu melengkapkan keseluruhan penampilan dengan sempurna.

2. Dengan jadual persembahan dan rakaman yang padat, apakah rutin kecantikan mudah yang anda amalkan untuk kekal segar dan glowing?

Saya menggunakan glow serum kegemaran saya. Setiap kali sebelum bergegas ke tempat kerja, saya pasti akan mengaplikasikan serum pada wajah untuk memastikan kulit sentiasa segar dan bercahaya sepanjang hari.

3. Siapakah penyanyi yang menjadi inspirasi kepada gaya solekan di atas pentas?

Saya amat mengagumi gaya solekan mata Rei dari IVE dan Ning Ning dari Aespa. Teknik solekan mata mereka sangat memukau dan sering menjadi rujukan saya.

See also
Prada Mengaktifkan Kecantikan!

4. Apakah trend kecantikan atau gaya solekan yang paling anda suka dan sedang anda ikuti sekarang?

Sepanjang enam tahun bersama DOLLA, saya telah menemui identiti solekan tersendiri yang mencerminkan diri saya. Sentuhan ikonik saya termasuklah bulu mata cat eye yang dramatik, pemerah pipi berwarna merah jambu lembut yang dioleskan di bawah mata, serta warna bibir ombré dengan tona yang lebih gelap di bahagian tengah.

5. Selain dari solekan, penjagaan rambut juga penting sebagai seorang penyanyi. Apakah tips atau rahsia anda untuk mengekalkan rambut yang sihat walaupun sering didandan?

Saya mengutamakan rawatan kulit kepala secara berkala, biasanya setiap satu atau dua bulan sekali apabila jadual mengizinkan. Rawatan ini amat membantu membersihkan kulit kepala saya daripada segala sisa produk rambut yang terkumpul hasil daripada sesi penggambaran dan persembahan yang kerap.

 

Artikel berkaitan: Diari Cantik Bersama Cili

Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

Penulis