Ciara, Pom Klementieff & Camila Morrone Sebagai Duta Pertama Nars
Jenama terkenal Nars mengumumkan 3 wanita hebat sebagai duta pertama mereka sempena ulang tahun ke-30 tahun ini.
Buat pertama kali dalam 30 tahun, Nars mengumumkan duta global jenama mereka sempena ulang tahun jenama itu yang ke-30. Untuk ulang tahun yang ke-30 ini, pengasas dan pengarah kreatif François Nars telah membawa semula produk pertama mereka, iaitu gincu dengan sentuhan Nars yang lebih berani dan nakal. Original Lipstick bukanlah sekadar one-hit wonder untuk jenama itu. Sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1994, jenama ini telah menghasilkan formula ikonik yang menjadi pilihan dalam kit jurusolek dan rutin pengguna mereka. François mengaku bahawa dia bangga dengan ciptaan terbarunya, Explicit Lipstick,bersempena ulang tahun terbaru ini.
3 Wanita Hebat Sebagai Duta Pertama Nars
Ciara, Pom Klementieff dan Camila Morrone telah diumumkan sebagai duta pertama jenama alat solek itu. Ciara yang terkenal dengan kerjaya muziknya dengan hit seperti “Goodies” dan “Level Up juga dikenali dengan usahanya dalam bidang fesyen dan kecantikan. Dia mempunyai banyak sejarah dalam industri kecantikan dan pernah bekerjasama dengan beberapa jenama kecantikan sebelum ini seperti OAM Skin dan Revlon menjadikan dia seorang yang sesuai untuk menjadi muka kepada Nars. Ciara menyatakan bahawa Radiant Creamy Concealer, Powder Blush dalam rona Dolce Vita, dan Explicit Lipstick ialah produk kegemarannya dari Nars.
Pom Klementieff terkenal dengan watak Mantis dalam Marvel Cinematic Universe seperti Guardians of the Galaxy Vol. 2, Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame, dan Thor: Love and Thunder. Penampilan unik dan kehebatan lakonannya menjadikan Klementieff sebagai seorang yang menonjol dalam dunia perfileman Hollywood. Dia juga telah membintangi filem seperti Oldboy dan siri HBO Westworld. Penglibatannya dengan Nars menonjolkan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam dunia fesyen dan kecantikan. Antara produk Nars kegemaran Klementieff ialah Light Reflecting Foundation dan Radiant Creamy Concealer.
Camila Morrone pernah bekerjasama dengan jenama seperti Brilliant Earth dan Calvin Klein. Kerjaya lakonannya telah menyaksikan dia membintangi filem-filem yang mendapat pujian seperti Mickey and the Bear dan Death Wish. Dia juga dikenali kerana kerjaya modelnya dan mempunyai kehadiran yang kuat di media sosial, menjadikannya seorang yang berharga untuk dimasukkan di dalam barisan duta Nars. Morrone sangat menyukai Afterglow Liquid Blush dari Nars sebagai pemerah pipi hariannya.
https://www.instagram.com/p/C94nZ_WxheH/
Ketiga-tiga wanita yang berpengaruh ini akan meningkatkan imej dan gaya tarikan Nars lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita. Wanita-wanita ini mempunyai pengikut di media sosial yang majoritinya wanita dan bakal meningkatkan lagi hubungan Nars dengan pengguna mereka.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
