Anak Kate Moss Bintangi Kempen Haruman Terbaru Marc Jacobs - Glam Malaysia

Anak Kate Moss Bintangi Kempen Haruman Terbaru Marc Jacobs

Anak kepada model legenda Kate Moss, Lila Moss dipilih menghiasi kempen haruman terbaru Marc Jacobs. Kempen ini dirakamkan di kota New York, kempen ini direalisasikan oleh jurugambar fesyen terkenal, Jurgen Teller.

Nama haruman ini terisnpirasi dari tatu yang ada di pergelangan tangan Marc Jacobs sendiri, ‘perfect’. Tatu itu ilhamnya pula dari quote Marc Jacobs sendiri, “I am perfect as I am”. Jadi dari situ datanglah ilham untuk menghasilkan minyak wangi terbaru dari label asal New York ini. Mesej haruman ini cukup mudah, Marc Jacobs mahu kita menghargai diri kita sendiri, meraikan warna-warna dalam kehidupan.

Perfect Marc Jacobs RM460(100ml) RM374 (50ml)

Perfect Marc Jacobs bagi pengasasnya adalah satru tanda ingatan buat dirinya sendiri. Katanya “Saya membuat tatu di pergelangan tangan saya sebagai peringatan untuk diri saya sendiri untuk menjadi individu yang terus kuat dan menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke sehari. Saya boleh brrkata tidak dan seperti yang saya rasa hari ini, cukup sempurna.”

See also
10 Produk 'Mesti Ada' Pilihan Profesional

Marc Jacobs merias wajah Anna Faris di Emmy Awards

Perihal sempurna ini dikisahkan lebih lanjut pada kempennya yang mana mereka mengetengahkan mesej menyayangi diri sendiri dan ia turut dimeriahkan dengan penampilan tangan 42 orang biasa yang dipilih menerusi pencarian di media sosial.

Perfect Marc Jacobs dimewahkan dengan aroma bunga-bungaan yang dipercikkan dengan sedikit susu badam, cedarwood, nota-nota yang cukup ranum sebagai rencah.

Momen rahsia Kate Moss