Produk Kecantikan Pilihan GLAM Wajib Beli Ogos Ini
5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini

5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini

Berita baik buat peminat dunia kecantikan! GLAM cantik ingin berkongsikan tentang produk kecantikan terbaru di pasaran yang wajib menjadi pilihan anda bulan Ogos ini.

Bulan baru, produk kecantikan baru! Pasaran dunia kecantikan sentiasa memasarkan produk-produk terbaru untuk anda miliki. Penjagaan diri semestinya perkara yang sangat penting dalam kehidupan harian.

Dari produk solekan hingga lah ke produk penjagaan kulit, GLAM senaraikan produk-produk terbaru yang boleh anda temui di pasaran terkini.

Ini 5 Produk Kecantikan Terbaru Yang Wajib Anda Miliki

1. KVD Beauty, Dazzle Flakes Metallic Eye Pigment

5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini

Foto: KVD Beauty

KVD Beauty mengumumkan produk terbaru mereka, Dazzle Flakes Metallic Eye Pigment dengan pigmen kilauan prismatik yang tinggi. Diilhamkan oleh ribut dan langit kosmik, Dazzle Flakes Metallic Eye Pigment dilancarkan dalam tiga warna padat iaitu Polar Night, Magnetic Cloud dan Cosmic Snow.

Inovasi ciptaan produk solekan mata ini semestinya mencipta kilauan kosmik yang mencapai kilauan yang ideal. Dengan formula pigmen longgar yang dibuat untuk digunakan dalam keadaan basah atau kering, memberikan kilauan metalik di peringkat seterusnya dengan hanya satu sapuan!

See also
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama

2. Chuck’s, Get Set Serum Moisturizer

5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini

Foto: Chuck’s

Jika anda mencari produk kecantikan yang menghidratkan, membersih dan sebagai anti-penuaan semua dalam satu, berita baik buat anda! Chuck’s kini mengeluarkan Get Set Serum Moisturizer, pelembap bertekstur gel ringan yang diselitkan dengan serum dirumus dengan 51% ekstrak kangkung.

Turut mempunyai ekstrak Kale yang mengandungi vitamin C, vitamin E dan vitamin K. Pelembap ini mampu melembapkan, mencerahkan dan melindungi kulit daripada kerosakan matahari. Paling seronok sekali, ianya sesuai buat semua jenis kulit walapun yang sensitif!

3. M.A.C Cosmetics, ASTRO SHINE

5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini

Foto: M.A.C Cosmetics

Astro Shine oleh M.A.C Cosmetics membawa rangkaian astrologi ke tahap kilauan baharu dengan koleksi edisi terhad yang laris dan mempersonakan. Diinspirasi oleh 12 zodiak serta empat unsur iaitu api, air, bumi dan udara.

Koleksi ini memberikan kilauan cahaya yang pastinya memukau buat para peminat gemerlapan. Koleksi ini juga dilengkapi dengan Lustreglass Lipstick, Dazzleshadow Liquid dan Mineralize Skinfinish Lightscapade. Semuanya datang dalam reka bentuk yang comel daripada ilustrator Lony Mathis.

See also
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Kemegahan Lancôme di Pavilion KL!

4. SK-II, SKINPOWER ADVANCED

Foto: SK-II

Rasai pengalaman kulit terbaik dengan SK-II Skinpower Advanced yang menyasarkan tanda-tanda penuaan kulit dari awal kemunculannya. Produk kecantikan ini bertindak seperti benih awet muda untuk merangsang pertumbuhan semula kulit baru dan mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit. 

SK-II membawa formula ekstrak Bio Kinren yang mampu melindungi kulit serta ekstrak akar Peony untuk mengekalkan keanjalan kulit yang diidam-idamkan!

5. Drunk Elephant, A-Shaba Complex Eye Serum

Foto: Drunk Elephant

Jika anda mencari produk penjagaan kulit bahagian mata, A-Shaba Complex Eye Serum oleh Drunk Elephant adalah jawapannya! Formulasinya adalah campuran vegan retinol, kafein dan peptida tembaga. Direka untuk melicinkan, menghilangkan kedutan serta meminimumkan rupa garis halus di sekitar kawasan mata.

A-Shaba bukan sahaja boleh digunakan di bahagian bawah mata, malah boleh dipakai di bahagian kelopak mata tanpa perlu rasa risau kerana teksturnya yang lembut dan ringan. Produk bebas daripada minyak pati, silikon dan pewangi ini bagus dalam menangkis kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan sinaran UV dan pencemaran.

See also
Kekal GLAM Dengan Produk Kecantikan Terkini Sempena Raya Aidilfitri

Dengan penggunaan harian dari masa ke semasa, produk kecantikan A-Shaba ini akan memberikan kawasan mata yang kelihatan lebih muda dan tenang.

Artikel Berkaitan: Sudah Tiba Masa Untuk Upgrade Produk Kecantikan Anda