Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Padankan bersama rona neutral, capri pants bercorak polka dot, denim on denim, black on black dan suntik rona ceria dalam gaya anda adalah antara cara untuk menggayakan siluet retronya.
Capri pants kembali menjadi fenomena dalam landskap fesyen moden, membawa bersama aura retro yang dipadankan dengan sentuhan moden yang lebih segar. Siluet yang pernah menjadi pilihan ideal sewaktu tahun 90an itu bukan hanya sesuai digayakan sebagai helaian kasual tetapi kini muncul sebagai item serba versatil yang mampu mengimbangi elemen santai dan chic dalam satu gaya. Potongan separuh panjang ini membuktikan bahawa siluet ringkas juga mampu memberi impak yang besar kepada penampilan anda. GLAM kongsikan cara-cara menggayakan capri pants!
Ini Cara-Cara Menggayakan Capri Pants Dalam Penampilan Anda!
1. Padankan bersama rona neutral

Buat wanita yang ingin tampil effortlessly chic ketika menghadiri acara santai bersama rakan-rakan, capri pants boleh menjadi pilihan yang tepat, terutama apabila digayakan dalam rona neutral seperti kelabu, krim atau coklat. Siluet yang ringkas ini memberi keseimbangan antara selesa dan bergaya, menjadikannya mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai suasana. Misalnya, bagi anda yang masih berhati-hati untuk menyarungkan capri pants, padankan ia bersama blaus hitam untuk mencipta asas gaya, kemudian lengkapkan dengan jaket kulit sebagai sentuhan edgy.
2. Cuba corak berani polka dot

Hailey Bieber merupakan antara selebriti yang sering membuktikan bahawa capri pants mampu digayakan dalam pelbagai estetika. Antara pilihannya ialah capri pants bercorak polka dot iaitu sebuah motif klasik yang sering dianggap lebih mencabar untuk dipadankan. Bagi mengimbangi corak yang mencuri perhatian itu, Hailey memilih blaus hitam berpotongan ringkas, sekali gus membiarkan capri pants menjadi fokus utama penampilannya. Bagi melengkapkan keseluruhan gaya, dia menambah aksesori cermin mata hitam dan tas tangan hitam, menghasilkan penampilan yang minimal namun tetap meraih perhatian.
3. Denim on denim

Helaian ini juga hadir dalam material denim, menjadikannya pilihan versatil buat mereka yang menggemari estetika kasual dengan sentuhan moden. Bagi menghasilkan penampilan yang lebih berani, anda boleh cuba gayakan capri pants denim bersama kemeja atau jaket denim dalam rona yang hampir senada bagi menguasai trend denim on denim. Bella Hadid merupakan antara selebriti yang sering mengangkat capri pants sebagai item utama dalam penampilannya. Untuk gaya denim on denim, Bella memilih capri pants bermaterial denim, yang dipadankan bersama helaian korset denim. Bagi mengelakkan gaya monokrom denim kelihatan terlalu polos, dia menambah tas tangan dan kasut bercorak leopard. Lantas, ia menghasilkan gaya yang tampak edgy dan berani.
4. Black on black

Black on black sentiasa menjadi pilihan yang tidak pernah gagal buat mereka yang menggemari gaya minimal namun ingin kekal tampak bergaya. Menggayakan capri pants serba hitam bersama helaian dalam rona yang sama menghasilkan siluet yang lebih elegan dan sofistikated. Untuk mengelakkan penampilan kelihatan terlalu monotone, anda boleh padankan dengan variasi tekstur seperti satin atau kulit bagi mewujudkan dimensi pada keseluruhan gaya. Lengkapkan penampilan dengan tas tangan berstruktur atau kasut bertumit untuk sentuhan akhir yang lebih menawan. Hasilnya, gaya black on black bukan sahaja tampak timeless, malah mudah disesuaikan daripada acara santai hinggalah ke majlis istimewa.
5. Suntik rona ceria dalam gaya anda

Gaya anda tidak semestinya terhad kepada padanan rona neutral. Bagi mereka yang gemar bereksperimen dengan gaya, helaian ini juga tampil menyerlah apabila dipadankan bersama warna-warna ceria seperti merah jambu, merah atau hijau. Kunci utamanya adalah memastikan hanya satu rona menjadi titik fokus, manakala selebihnya kekal seimbang untuk menghasilkan penampilan yang harmoni. Bella Hadid membuktikan formula ini menerusi padanan capri pants hitam bersama blazer merah jambu daripada Prada. Sentuhan skarf dan cermin mata hitam pula melengkapkan keseluruhan penampilan, sekali gus menyuntik estetika yang chic dan segar.
Artikel berkaitan: Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
