fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Misteri Sensual Saint Laurent Rive Droite
GLAM Kongsi Ucapan Selebriti Malaysia Sempena Hari Bapa
Jessica Simpson Tayang Susuk Langsing Di Instagram
Stonor 3 : Hanya Yang Termewah
10 Filem Komedi Romantik Terbaik Di Netflix
Home > Gaya Hidup > Foto Pertama Makam Ratu Elizabeth II Didedahkan

Foto Pertama Makam Ratu Elizabeth II Didedahkan

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas lebih dua minggu kemangkatan Ratu Elizabeth II, foto tempat persemadian terakhir mendiang di Istana Windsor akhirnya dikongsikan di internet.

Foto yang dimuat naik oleh Istana Buckingham itu memaparkan batu lejar daripada marmar hitam Belgium yang telah dikemas kini dengan ukiran nama Ratu Elizabeth dan suaminya, Putera Philip yang mangkat pada 9 April 2021 ketika berusia 99 tahun.

Sebelum ini hanya inskripsi nama ayahandanya, Raja George VI dan bondanya, Permaisuri Elizabeth The Queen Mother dipahat pada batu tersebut dengan huruf berwarna emas.

Ia diletakkan di lantai Gereja Kecil Peringatan Raja George VI di Gereja Kecil St George di mana keempat-empat kerabat Diraja, yang merupakan ahli Order of the Garter, disemadikan.

ratu elizabeth II

Foto: Royal Collection Trust

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse