Kempen Burberry Luruh/Sejuk 2019 Meneroka Keseiringan Identiti
Gambar : Burberry
Pengarah kreatif Riccardo Tisci hadir dengan kempen yang unik buat Musim luruh/sejuk 2019 di Burberry apabila menampilkan mempamerkan budaya British dalam banyak segi dan bagaimana ia melampaui pelbagaian peribadi.

Bidikan jurugambar Danko Steiner untuk kempen lurush/sejuk 2019 – Freja Beha Erichsen, Fran Summers and Sora Choi
Di Burberry, teras penjenamaan adalah untuk menonjolkan identiti dan gaya hidup yang mewakili jenama itu sendiri. Yakni nafas yang melangkaui halangan dan inklusif kepada semua. Kempen ini meneroka pelbagai aspek budaya Inggeris dan bagaimana mereka wujud bersama. Danko dan Nick merayakan pentingnya ekspresi diri dan identiti melalui lensa sendiri yang tersendiri. ‘- Riccardo Tisci, Ketua Pegawai Kreatif Burberry.

Bidikan jurugambar Nick Knight untuk Burberry musim luruh/sejuk 2019 – Alexis Chaparro, Kacie Hall, Mammina Aker and Shayna McNeil
Menerusi kempen terbaru hasil kerjasama dengan Danko Steiner dan Nick Knight, Tisci melancarkan pasukan burberry menerusi gambar model yang mewakili keperibadian rumah yang berbeza-beza dalam dua set imej yang berlainan. Menampilkan muse masa kini dan ikonik seperti Gigi Hadid, Sora Choi, Irina Shayk, Freja Beha Erichsen, Junior Vasquez, Benji Arvay dan ramai lagi.

Bidikan jurugambar Danko Steiner untuk kempen lurush/sejuk 2019 – Maxwell Annoh, Finn Rosseel dan Gigi Hadid
Kempen memegang dua nada yang sama dalam visual yang berbeza namun menyalakan kontras antara satu sama lain – siluet yang bergaya, dilengkapkan dengan latar belakang yang tenang yang dipenuhi dengan palet madu sebagai tona signatur Burberry oleh Danko; manakala yang lain memaparkan sinergi yang bebas dan muda oleh Nick.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

