fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tema 50an Buat Baby Shower Serena Williams!
2 Pengarah Kreatif Rumah Fesyen Courrèges Berhenti
CEO Pertama Diane Von Furstenberg
Vega Dinobat Miss Universe
Percayakah anda gambar-gambar ini dirakam dengan kamera telefon pintar?
Home > Uncategorized > Beyoncé, Jay-Z dan Blue Ivy Welcomes Twins!

Beyoncé, Jay-Z dan Blue Ivy Welcomes Twins!

Setelah lama menantikan kedatangan pasangan kembar paling terkenal (selepas Mary-Kate dan Ashley Olsen), Beyoncé dilaporkan telah selamat melahirkan anak kembarnya!

 

Walaupun tiada tarikh muktamad diumumkan setakat ini, beberapa sumber telah melaporkan kepada People, Us, dan juga E! News perihal berita gembira ini.

 

Pasangan kembar ini merupakan adik kepada Blue Ivy yang baru sahaja mencecah umur lima tahun pada Januari yang lalu.

 

Beyoncé mengumumkan berita kandungannya ini pada Februari yang lalu melalui satu foto yang diambil khas untuk pengumuman tersebut.

 

Satu sumber menyatakan yang Beyoncé dan Jay-Z kedua-duanya teruja dengan kelahiran kembar ini dan mereka sudah pun mula menyampaikan berita gembira ini kepada keluarga dan rakan-rakan.

 

Khamis yang lalu kedua-dua Jay-Z dan Blue Ivy dilihat berada di sebuah hospital di Los Angeles.

 

Bapa Beyoncé, Matthew Knowles, sendiri berkongsikan berita gembira ini melalui akaun Twitternya.

 

We can’t wait to see these two angels!