Individu Yang Menyebabkan Kematian Puteri Diana Dikecam Putera Harry

Uncategorized

Individu Yang Menyebabkan Kematian Puteri Diana Dikecam Putera Harry

777

Foto WENN.com

Tanggal 31 Ogos menandakan ulangtahun ke-20 kematian puteri kesayangan ramai, Puteri Diana akibat kemalangan di sebuah terowong di Paris pada tahun 1997. Bagi memperingati legasi bonda mereka, Putera William dan Putera Harry sudah mula berkongsikan kisah mereka menghadapi .

 

Tujuan mereka membuka hati mereka untuk dokumentari khas ini adalah kerana mereka merasa terhutang dengan mendiang bonda mereka.

 

Antara aspek yang membuatkan Putera Harry berang dengan insiden tersebut adalah tindakan paparazzi yang menyebabkan kemanalangan tersebut juga mengambil gambar Puteri Diana ketika dia sedang nazak di tempat belakang kereta tersebut.

 

“Antara perkara paling sukar untuk saya terima adalah mereka yang mengejarnya ke dalam terowong tersebut juga merupakan individu-individu yang mengambil gambarnya ketika dia sedang bertarung nyawa untuk hidup,” nyata Putera Harry dalam video promosi Diana, 7 Days.

 

“William dan saya tahu akan perkara ini. Kami telah diberitahu berulangkali akibat kemalangan tersebut. Dia mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala namun dia masih hidup lagi pada waktu itu. Mereka yang mengakibatkan kemalangan tersebut, bukannya membantu, mereka mengambil fotonya pula. Kemudian foto-foto tersebut tersebar luas untuk kegunaan media di seluruh negara ini.”

 

Putera Harry bersama-sama kekandanya Putera William dan Kate Middleton merupakan aktivis untuk kesihatan mental kerana dengan kematian ibu mereka, kedua-dua putera tersebut terpaksa berdepan dengan gangguan mental akibat kesedihan mereka untuk menerima kenyataan bahawa mereka sudah kehilangan ibu mereka pada usia yang sangat muda.

 

Putera William juga turut menyatakan dalam klip promo tersebut bahawa dengan cara positif dia dan adiknya sedang menghadapi kematiannya akan menunjukkan legasi positif Puteri Diana yang disayangi ramai.

Your email address will not be published. Required fields are marked *