Kempen Fossil Firsts Bersama Ji Chang Wook
Pelakon kacak Korea Ji Chang Wook mewakili generasi pertama memakai Fossil Q yang mencipta kenangan dengan jam tangan ulung ini terutama bersama peminatnya.
Menurut Ji Chang Wook, jam tangan pertama Fossil adalah hadiah diterimanya tidak lama dahulu. Malah, dia teruja mendapat tahu jam tangan tersebut adalah merupakan smartwatch. Selepas menggunakannya setiap hari, kehidupan dijalaninya lebih efisien. Ternyata Ji Chang Wook adalah pilihan tepat bagi Fossil di dalam kempen Fossil Firsts ini.

Tersohor dengan TV siri Suspicious Partners dan Healer, Ji Chang Wook kini peminat setia jam tangan pintar Fossil Q dan senang sekali menjadi jurucakap Fossil Q Explorist. Lebih-lebih lagi ia gandingan sempurna teknologi dan fesyen yang dipasarkan bermula September 2017.
Jam tangan Q Explorist hadir dengan slimmest cases di dalam kategori Fossil Q Gen3 Smartwatch yang berteknologi tinggi. Diperkasa Android Wear 2.0, jam tangan ini mengandungi banyak applikasi yang bermanfaat.
Jam tangan ini sememangnya sesuai dengan penampilan Ji Chang Wook yang bergaya di kaca TV dan sebagai dirinya yang sebenar seorang yang lebih kasual.
“Saya suka bersenam. Ternyata Fossil hybrid smartwatch sesuai buat gaya hidup saya yang aktif,” tambahnya lagi. Ternyata fitness apps termasuk Google Fit, UA Record by Under Amore, Strava dan RunKeeper pasti banyak membantu.

Selain itu, dia juga dikatakan sangat memberi perhatian terhadap menu diambil sehari-hari. “Saya mengambil makanan berasaskan protein sebelum penggambaran bermula setiap hari. Walaupun ketika jadual terlalu sibuk, saya mengelak dari memakan makanan segera. Saya percaya dengan nutritious food, rutin senaman dan tidur secukupnya adalah tiga kunci penting untuk kehidupan lebih sihat. Saya sentiasa mengawal ketiga-tiganya sentiasa. Dengan Fossil smartwatch saya, selain mengawal aktiviti harian ini, saya juga mampu melihat corak tidur saya setiap hari.”

Ketika temu bual ini berlangsung, Ji Chang Wook berehat seketika dari seni lakon dan banyak waktu dihabiskan di rumah. Dia juga berpeluang menghabiskan waktu dengan orang terdekat dengan dirinya.
Kelebihan Fossil Q smartwatch, anda mampu menerima pesanan ringkas, panggilan telefon dan notifikasi sosial hanya dengan satu butang tanpa ada telefon bimbit disebelah. Jangka hayat bateri juga selama 24 jam dan boleh dicaj menggunakan wireless charger yang dihubungkan menerusi teknologi Bluetooth dan serasi dengan iOS 9.0+ dan Android 4.4+.
Ternyata Fossil menghargai pengalaman pertama semua individu yang akan mereka kenang seumur hidup. Malah, kenangan dicipta berpanjangan dengan Fossil Q Gen3, Q Venture & Q Explorist.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
