Yuna Just Got Engaged Dengan Lelaki Idamannya! - Glam Malaysia

Yuna Just Got Engaged Dengan Lelaki Idamannya!

Selang beberapa bulan selepas penyanyi terkenal tanah air Yuna atau nama penuhnya Yunalis binti Datuk Mat Zara’ai mengumumkan hubungannya bersama Adam Yousof bin Mohamad Sinclair, tanggal 5 Ogos 2017 menyaksikan kedua pasangan ini mengikat tali pertunangan mereka.

 

Foto Zel Atif

Dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat, Yuna dan Adam telah pun menjalankan majlis pertunangan mereka di kediaman ibu dan bapa Yuna di Shah Alam.

 

Yuna mula mengenali Adam sebagai seorang pengarah apabila mereka bekerjasama di sebuah set penggambaran pada tahun 2013 dan sejurus itu mereka kekal sahabat sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius pada penghujung tahun 2015.

 

Foto Zel Atif

Menjelang tahun 2016, Yuna sudah pun memperkenalkan Adam kepada keluarganya dan perkara yang sama juga dilakukan oleh Adam untuk Yuna agar hubungan mereka boleh dibawa ke tahap seterusnya. 

 

Segala perancangan untuk pertunangan mereka telah ditetapkan melalui satu upacara merisik yang diadakan pada Mac 2017.

See also
Bella Hadid Duta Terbaru Jenama Jam Tangan Mewah Tag Heuer

 

Yuna kelihatan menawan dalam busana Hatta Dolmat
Foto Zel Atif

Apa perasaan Yuna mengenai majlis pertunangan ini?

 

Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair.

 

Apa pula perasaan Yuna terhadap Adam kini sudah berjanji untuk mendirikan rumah tangga?

 

Ini merupakan moment yang sangat manis bagi saya, kerana ini langkah pertama kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam. Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya dan buat saya senyum dan ketawa, saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, InshaAllah.

See also
Staycation Tengah Kota Mengasyikkan