fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ibu Selena Gomez Bersikap Dingin Terhadap Justin Bieber
Marc Jacobs Dihentam Kerana Gaya Rambut Dreadlocks di Minggu Fesyen New York
Jovian Mandagie X Lazada
Drama Keluarga Kim Kardashian Persis Orang Biasa?
GLAM PROMOSI – NOV 2016
Home > Uncategorized > Shawn Mendes Menafikan Hubungan Romantik Bersama Hailey Baldwin

Shawn Mendes Menafikan Hubungan Romantik Bersama Hailey Baldwin

Membuat penampilan rasmi pertama di atas kapret merah Met Gala 2018 ikutan berbulan spekulasi, Shawn Mendes dan Hailey Baldwin stabil sebagai teman rapat sahaja menurut Mendes melalui kenyataannya kepada People.

 

Sudah menjadi kebiasaan dan tradisi unofficial buat selebriti yang ingin mengumumkan status hubungan mereka secara eksklusif sewaktu acara Met Gala. Jadi tidak kemunculan Mendes dan Baldwin pada malam itu memberikan kejutan yang positif kepada peminat mereka dan juga media.

 

Namun semua itu hanyalah salah faham pihak peminat dan media sahaja. Mendes menerangkan situasi mereka berpimpin mesra pada malam itu hanyalah cara mereka memberikan sokongan kepada satu sama lain untuk menghilangkan debaran atas karpet merah penuh megah itu.

 

 “Tidak kami bukan mengumumkan  debut kami [sebagai pasangan]. Kami dijemput oleh Tommy Hilfiger untuk menghadiri acara tersebut,” ujar Mendes.

 

Obviously Hailey and I are friends, and it was just really cool for me to be able to walk with her because she’s a vet and it was my first year, so it kind of took the pressure off a little bit. I was thrilled to be able to go with her.”

 

Melalui temu bualnya bersama W Mendes sekali lagi menekankan yang mereka sekadar teman rapat sahaja dan dia merasa gembira dapat bersama Baldwin pada malam tersebut.