fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Universiti Harvard Akan Menyampaikan Anugerah Kemanusiaan Kepada Rihanna
Duchess Kate Middleton Kecewa Dengan Kelakuan Putera William
Perdana Menteri Justin Trudeau Menyeru Penglibatan Lelaki Sempena IWD
Laura Kim dan Fernando Gracia meneruskan legasi Oscar De La Renta
Ikrar Taylor Swift Selepas Menang Kes Raba, Mengumpul Dana Buat Mangsa Serangan Seksual
Home > Uncategorized > Selebriti Mengkritik Kes “Terrorism” Di Las Vegas Lebih Daripada Donald Trump

Selebriti Mengkritik Kes “Terrorism” Di Las Vegas Lebih Daripada Donald Trump

Dengan 58 kematian dan 527 cedera selepas aksi keganasan oleh seorang pengganas yang dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, 64, melepaskan tembakan rambang terhadap pengunjung Route 91 Harvest Festival di Las Vegas telah mencipta sejarah sebagai kes mass shooting paling besar di Amerika.

 

Foto Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

Sementara Presiden Trump sendiri enggan memanggil kes ini sebagai kes keganasan, penyanyi 24 tahun Ariana Grande yang pernah terlibat dalam kes tembakan besar-besaran sebelum ini di Manchester sewaktu konsertnya tampil sekali lagi untuk mengetengahkan isu pengawalan senjata api di Amerika dan mengkritik kes keganasan ini.

 

Awal tahun ini di Manchester di mana 22 orang maut dan lebih daripada 50 orang cedera selepas satu letupan yang  dituntut oleh kumpulan pengganas Daesh dan satu lagi kes di Paris sebelum ini terus diberi label sebagai kejadian keganasan. Namun kes Paddock ini tidak diberikan label yang sama. Hal ini menyebabkan orang ramai mencapai satu konklusi; he is white. Polis turut menjumpai 23 pucuk senjata api dalam bilik hotelnya.

 

Grande bukanlah satu-satunya selebriti yang tampil untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai kes ini dan juga. Antaranya adalah Lady Gaga, Gigi Hadid, John Legend, Emmy Rossum, malah Hilary Clinton juga menyuarakan rasa tidak senangnya mengenai kejadian yang menyedihkan ini.

 

Pihak White House pula menyatakan ia terlalu awal untuk melabelkan kes ini sebagai kes keganasan domestik.

 

We think it’s time Amerika Syarikat melihat kembali dan mengolah Second Amendment mereka untuk mengelak kejadian yang sama berulang pada masa hadapan. Sampai bila lagi mereka akan membenarkan kes sebegini berterusan hanya kerana sesetengah rakyat mereka memerlukan senjata api untuk merasa selamat atau berkuasa? That itself is a problem to begin with.

 

Ucapan takziah daripada GLAM Team kepada mangsa yang terkorban dan bagi mereka yang terlibat, teruskan berjuang untuk membetulkan apa yang salah.