Pereka Berbakat Kate Spade, 55, Menemui Ajal

Fesyen ikon dan pereka berbakat Kate Spade ditemui mati dalam pangsapurinya di Park Avenue, New York dalam keadaan tergantung menggunakan skarf. Polis juga telah mengesahkan kematiannya pada jam 10:26 AM waktu New York.
Pengurus rumah Spade merupakan individu pertama yang terserempak dengan Spade dalam keadaan tidak sedar diri dengan sehelai skarf merah yang dikatakan terikat pada tombol pintu bilik tidur dan telah menjerut lehernya. Spekulasi awal kini menyatakan dia telah mengambilnyawanya sendiri.
Selain pengurus rumah tersebut, suami Spade juga berada di tempat kejadian manakala anak perempuannya pula masih tidak dapat dihubungi. Sebuah nota juga dikatakan telah ditemui di tempat kejadian namun pihak bekruasa enggan memberikan sebarang komen sehingga siasatan selanjutnya.
Spade merupakan antara peneraju buat golongan pereka fesyen wanita di Amerika dengan visi kontemporarinya pada awal tahun 90-an dengan rekaannya yang senantiasa vibrant dan menarik perhatian. Gemar bereksperimen dengan corak dan gaya baru, rekaan Spade mula mendapat perhatian ramai sehingga jenama Kate Spade menjadi antara item yang harus dimiliki oleh mana-mana fashionista tanpa mengira generasi.
Melancarkan Kate Spade sebagai sebuah jenama pada tahun 1993, Kate Spade kini 140 butik di Amerika dan lebih daripada 175 butik pada peringkat antarabangsa. Pada tahun 2017, Coach a.k.a Tapestry Inc. telah membeli Kate Spade & Co. pada nilai $2.4 bilion.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
