Kenapa Paris Jackson Mula Menarik Parhatian Ramai? - Glam Malaysia

Kenapa Paris Jackson Mula Menarik Parhatian Ramai?

Foto: INSTARimages.com

Nama Paris Jackson sudah dikenali sejak dia kecil lagi dek kerana bapanya merupakan seorang bintang yang digemari ramai yang diberi gelaran King of Pop, Michael Jackson.

 

Walaupun nama Paris Jackson sering berada di bibir pihak umum, dia dan adik-beradiknya yang lain jarang kali membuat kemunculan umum mahupun di depan kamera disebalik kemahsyuran bapa mereka.

 

Hanya baru-baru ini sahaja Paris mula menonjolkan dirinya bermula dengan menjadi cover girl untuk muka hadapan majalah Rolling Stone diikuti dengan temubual ekslusif yang membincangkan segalanya mengenai kehidupan selepas pemergian bapanya.

 

Kemudian dia mula membuat kemunculan pertamanya di Minggu Fesyen Paris, karpet merah untuk MTV Movie Awards dan juga acara berprestij MET Gala 2017.

 

Why the sudden interest, Paris?

 

Melalui satu temubual ekslusif bersama Teen Vogue, Paris menerangkan keputusannya untuk membawa dirinya ke tengah-tengah spotlight ini.

 

“Secara jujurnya saya tidak mempunyai sebarang motivasi untuk berada di mata umum; ia satu perkara yang menakutkan saya,” terang gadis 19 tahun itu.

See also
'Iron Lady' Datuk Normaziah Sheikh Mohamed Sudah Bernikah

 

“Saya sudah melihat apa yang ia boleh lakukan kepada seseorang individu, ramai yang terluka. Tetapi selepas berfikir sejenak, saya mula melihat impak yang saya ada kepada orang ramai, bagaimana saya dilahirkan dengan satu landasan, jadi saya tidak mahu membazirkannya.”

 

Dia juga akui bahawa dia dilahirkan dengan landasan yang sudah tersedia untuk dirinya tidak seperti mereka yang berusaha untuk mendapatkan landasan untuk diri mereka.

 

“Kenapa tidak menggunakannya untuk sesuatu yang penting? Saya ingin menggunakan landasan yang saya ada untuk perkara yang lebih penting. Saya benar-benar mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Jadi segala yang saya lakukan–lakonan, menjadi model–adalah cara saya untuk meluaskan lagi landasan saya supaya saya boleh menggunakan suara saya untuk perkara yang penting.”