Miranda Kerr Kahwini CEO Snapchat Evan Spiegel - Glam Malaysia

Miranda Kerr Kahwini CEO Snapchat Evan Spiegel

Tatkala kita meluangkan hujung minggu kita dengan persediaan Ramadan, model Miranda Kerr pula memulakan bab baru dalam hidupnya bersama suami barunya Evan Spiegel yang juga merupakan CEO Snapchat.

 

Kediaman Spiegel di Los Angeles.
Foto: INSTARimages.com

Kerr dan Spiegel yang mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2015 telah mengadakan perkahwinan mereka dalam satu majlis tertutup di kediaman mereka, Los Angeles dengan jumlah jemputan seramai 40 orang.

 

Walaupun majlis tersebut merupakan sebuah majlis tertutup, persiapan dan resepsi mereka sangat mewah dan klasik menurut satu sumber kepada People.

 

“Miranda memainkan peranan yang penting dalam merancang. Dia mempunyai citarasa yang menarik dan tahu apa yang dia mahukan. Dia sangat baik dan dia juga sangat teruja untuk mengahwini Evan.”

 

Kerr juga pernah berkongsi bahawa Spiegel merupakan seorang yang sangat tradisional jadi mereka enggan melakukan perkara-perkara intim selagi mereka belum bergelar suami dan isteri. Well now is the time then!

See also
Majlis Penikahan Elfira Loy dan Faris Anuar Ibarat Mimpi Menjadi Kenyataan