Blu Inc Media: Hari Wanita Sedunia 2019 Lebih “ISTIMEWA” Bersama Dayang Nurfaizah
Hari Wanita Sedunia kali ini menjadi lebih istimewa kerana Blu Inc Media Sdn Bhd menghasilkan lagu berserta video muzik menampilkan vokalis tanah air Dayang Nurfaizah menerusi lagu berunsurkan femme power anthem "ISTIMEWA" menerusi projek Blu Inc: Celebrating Women.
"ISTIMEWA" merupakan karya nukilan Salammusik yang menggunakan kata-kata semangat untuk mengalakkan wanita agar kekal teguh dan bangkit memperjuangkan hak mereka di mana jua mereka berada.
Gabungan GLAM dan 15 lagi majalah di bawah naungan Blu Inc Media, "ISTIMEWA" Diperdengarkan buat kali pertamanya di perkarangan Crystal Fountain, Pavilion KL 8 Mac yang lalu lantas menerima sambutan yang hangat daripada para hadirin dan juga penonton di sekeliling Pavilion KL.
Video muzik hasil Blu Inc Media Production yang menampilkan Dayang Nurfaizah dan sidang ridaksi Blu Inc Media turut disertai oleh pembaca-pembaca kami yang menghantarkan foto dan video melalui tanda pagar #BluIncIWD2019. Turut hadir pada malam itu adalah Pengerusi Blu Inc Media Sdn Bhd Datuk Ibrahim dan isterinya Datin Nina Jureen, Daphne Iking selaku pengacara majlis, Thanuja Ananthan dan Anuja Ananthan, Aina Syahirah dan Julie Ann Kang, dan ramai lagi rakan-rakan GLAM.
L’Oréal Paris turut menyediakan stesen untuk para jemputan mencuba L’Oréal Infallible 24H Fresh Wear Foundation yang kalis air, transfer-proof dan breathable.
Jangan lupa lawati Aras 3 Pintu Utama Pavilion KL untuk mengambil shoefie dengan quote kegemaran anda. Gunakan tanda pagar #bluinciwd2019 #lorealparismy #tahanlasak #pavilionkl!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Jul 08, 2026
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Jul 08, 2026
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Jul 08, 2026
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Jul 07, 2026
