Biopic Alexander McQueen Akan Dibintangi Jack O'Connell - Glam Malaysia

Biopic Alexander McQueen Akan Dibintangi Jack O’Connell

Jack O’Connell, pelakon kelahiran British bakal memainkan watak Alexander McQueen dalam sebuah filem arahan Andrew Haigh.

Jack O’Connell bakal membintangi filem biopic tentang riwayat hidup Alexander McQueen

 

Filem yang akan datang tidak lama lagi itu akan menjadikan riwayat hidup pereka fesyen terkenal itu sebagai jalan ceritanya. Pemilihan Jack sebagai watak utama filem itu bukan hanya kerana bakat beliau sebagai seorang pelakon, malah Jack juga mirip wajah pereka fesyen tersebut. Pelakon-pelakon lain bagi watak sampingan lain belum diumumkan lagi.

 

Jack sebelum ini pernah membawa watak utama dan sampingan dalam beberapa filem blockbuster Hollywood seperti Unbroken arahan Angelina Jolie pada tahun 2014 dan baru-baru ini, Money Monster disamping George Clooney dan Julai Roberts.

 

 

Pereka fesyen kelahiran Britain ini menghembuskan nafas terakhir beliau pada 11 Febuari 2010

 

Filem ini mengambil biografi penaan Andrew Wilson yang berjudul Blood Beneath The SkinĀ sebagai ilham. Filem arahan Andrew Haigh, yang terkenal dengan filem 45 Years dan Looking, itu akan memberi fokus kepada saat-saat yang membina kepada pertunjukkan fesyen terakhir Alexander McQueen bertemakan Plato’s Atlantis.

See also
Diari Deko - Mille kini di Courts Malaysia

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah