Diari Deko – Program Cuti Sekolah Explore, Play & Learn Di Royal Selangor
Musim cuti sekolah ini, pasti ibu bapa sudah mula sibuk mencari-cari program dan aktiviti menarik agar masa anak-anak terisi berfaeadah. Bawa anak-anak meneroka, mengenali dan memahami bahan piuter dari segi sejarah, komposisi, sifat unik dan kebolehan material alami ini. Aktiviti berlangsung di Pusat Pelawar Royal Selangor, Kuala Lumpur, merangsang pembelajaran anak-anak menerusi persekitaran interaktif dan meningkatkan imaginasi kreativiti tanpa batasan.
Terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, mereka dapat melihat secara dekat kerja-kerja kreatif menggunakan piuter serta mempelajari sejarah Connoisseurs, kebangkitan Royal Selangor dan perlombangan bijih timah melalui artifak menarik dan demonstrasi kerja-kerja pertukangan piuter. Kanak-kanak boleh menyertai acara Mini Treasure Hunt dan kumpul empat stamp istimewa untuk menebus hadiah misteri.
Malah, kanak-kanak juga boleh mencuba pewtersmithing di School of Hard Knocks atau bengkel The Foundry. Bersantai sambil menikmati hidangan enak di The Cafe usai beraktiviti.
Pusat Pelawat Royal Selangor adalah antara tangki timah terbesar di dunia.
Aktiviti cuti sekolah Expolre, Play & Learn di Royal Selangor bermula 20 November sehingga 31 Disember 2019.
Maklumat lanjut di laman web rasmi Royal Selangor.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

