Tahniah! Fazura Umum Hamil 4 Bulan - Glam Malaysia

Tahniah! Fazura Umum Hamil 4 Bulan

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, dan sering kali ditanya soal zuriat, hari ini Fazura dan suami, Fattah AminĀ  masing-masing mengumumkan berita bakal menjadi ibu dan bapa apabila Fazura disahkan hamil empat bulan. Mereka mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Jelas Fazura lagi menerusi hantaran kepsyen di Instagramnya, “Sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.”

Fazura juga turut memberikan perkembangan terkini tentang kehamilannya. Ujar Fazura, “Dalam keadaan kondisi sekarang ini, saya sedang berehat di rumah”. Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih buat semua peminat dan keluarga yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka. Apa pun, GLAM mengucapkan tahniah buat kedua-dua ‘love birds’ ini, dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Congrats again!