“Saya Akan Merindui Awak Ainul…” Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Dr Nur Amalina Che Bakri Tidak Semua Tahu
Kisah tentang seorang kanak-kanak yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah mendapat publisiti meluas di laman-laman sosial. Rata-rata semuanya bersimpati dengan nasib bayi malang itu, termasuklah Dr Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia untuk membantu dalam membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Ainul dan kedua ibu bapanya selamat sampai ke London baru-baru ini. GLAM mengharapkan yang terbaik agar Ainul kembali sihat seperti bayi seusianya yang lain. Yang pasti keprihatinan yang ditunjukkan Dr Amalina terhadap nasib Ainul nyata menyentuh hati rakyat Malaysia.

Update terbaru - Selepas lebih dua bulan dirawat di London, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, pulang ke tanahair selepas selamat menjalani pembedahan di sana setelah tiba di KLIA sekitar pukul 7.30 pagi tadi. Yang pasti, turut terkesan dan merindui Ainul adalah Dr Amalina sendiri. Melalui hantaran di Instagramnya, Dr Amalina berkongsi kesedihannya.
Oleh itu, GLAM himpun beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
May 28, 2026
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
May 28, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
May 26, 2026
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
May 26, 2026
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
May 25, 2026
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
May 25, 2026

