“Saya Akan Merindui Awak Ainul…” Ini Fakta-Fakta Menarik Tentang Dr Nur Amalina Che Bakri Tidak Semua Tahu
Kisah tentang seorang kanak-kanak yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah mendapat publisiti meluas di laman-laman sosial. Rata-rata semuanya bersimpati dengan nasib bayi malang itu, termasuklah Dr Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia untuk membantu dalam membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Ainul dan kedua ibu bapanya selamat sampai ke London baru-baru ini. GLAM mengharapkan yang terbaik agar Ainul kembali sihat seperti bayi seusianya yang lain. Yang pasti keprihatinan yang ditunjukkan Dr Amalina terhadap nasib Ainul nyata menyentuh hati rakyat Malaysia.

Update terbaru – Selepas lebih dua bulan dirawat di London, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, pulang ke tanahair selepas selamat menjalani pembedahan di sana setelah tiba di KLIA sekitar pukul 7.30 pagi tadi. Yang pasti, turut terkesan dan merindui Ainul adalah Dr Amalina sendiri. Melalui hantaran di Instagramnya, Dr Amalina berkongsi kesedihannya.
Oleh itu, GLAM himpun beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.
1. Nur Amalina Che Bakri yang lahir 7 Disember 1987, Kota Bharu merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 sehingga kejayaannya mendapat perhatian meluas media tempatan pada ketika itu.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
