Diana Danielle Suka Bermain Watak Berbeza Dalam Setiap Filem - Glam Malaysia

Diana Danielle Suka Bermain Watak Berbeza Dalam Setiap Filem

Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun Clanhouseonline.com

Gambar: Bustamam Mokhtar white studio

Dandanan: Olivia ooi

Solekan: CHOMEL REDZA ABDULLAH MENGGUNAKAN NARS

Penyelaras: Aizat Aidid

Teks: Nisa’ Halid
 
diana3
 
Membesar menonton siri TV seperti Gossip Girls hingga ke CSI dan filem seperti Natural Born Killers, Diana Danielle mengagumi Angelina Jolie dan Marilyn Monroe sebagai aktor dan simbol wanita berjaya. Kala berbicara bersama ibu muda ini, jelas menggambarkan betapa dia lebih dewasa dari usianya.
 
Pelakon Malaysia kelahiran Amerika yang dibesarkan di Pulau Pinang, Diana Danielle Danny Beeson nyata suka bermain watak berbeza dalam setiap filem dan ia memberi peluang kepadanya untuk berada di dalam ‘kasut’ orang lain. “I like my life but at the same time I like to be in someone else’s life as well. Saya berpeluang merasakan bagaimana perasaannya melakonkan watak seksi, a cute girl next door or a marshal arts extraordinaire!,” Diana menekankan frasa ‘being an actor you have to be good in a thousands things,’ ini kerana sebagai seorang pelakon anda akan berhadapan dengan situasi paling berisiko pada masa yang sama tertanya-tanya, would you have done that if you were just a normal person? Satu hakikat yang sering diidamkan setiap manusia. Diana menambah, “Yang paling saya gemarkan adalah ketika dirias cantik, penuh berkeyakinan dan rasa bersemangat sekali!”
 
Dikurniakan seorang bayi lelaki yang cukup sempurna fizikal dan wajahnya. Ramai yang meramal, Muhammad akan menjejaki langkah kedua orang tuanya. Ujar Diana, “I’m not going to stop him. Saya percaya semua orang berhak memilih apa yang mereka inginkan dalam hidup, termasuk anak saya tetapi buat masa ini saya tidak mahu cahaya limelight atau membenarkan dia berlakon drama atau filem hingga dia sendiri memahami apa yang sedang dia lakukan. Jadi jika satu hari nanti Muhammad bertanya, ‘Ibu, can I try what you’re doing?’ saya akan tetap menyokong dan berada dibelakangnya,” jelas Diana yang kini dibawah pengurusan abang iparnya.
 
Siapa tidak kenal hero penting di dalam industri iaitu suaminya, Farid Kamil. Sejak mendirikan rumah tangga tiga tahun dahulu, Diana lebih matang walaupun usianya masih lagi mentah. Ini mungkin kerana memiliki suami berusia 10 tahun lebih tua mendewasakan dirinya. “I think we are quite independent. Farid tidak banyak campur tangan dalam kerjaya saya dan begitu juga sebaliknya. Namun jika ada di antara kami yang memerlukan satu sama lain, kami sentiasa ada di belakang memberi sokongan. He gives great advice, and also painful advice. He has helped me a lot and always keeps me grounded,” pujian Diana untuk suaminya. Dia juga berkongsi bahawa Farid sangat konsisten dalam karyanya dan seorang yang sering bekerja keras untuk sesuatu yang sedang diusahakannya. “I don’t know anyone else who works as hard as he does. Semua stunts di dalam filem, dilakukan sendiri. He is very brave and I look up to that part of him. Saya tidak berani dan juga tidak konsisten, dia menguatkan saya dalam banyak perkara untuk berusaha lebih dari kemampuan saya,” akuinya banyak belajar daripada suaminya.
 
TERKENAL SEBAGAI DIVA?

See also
5 Toner Untuk Kulit Kering Terbaik Agar Kulit Lebih Berseri

Diva? Saya tidak akan cuba menukarnya. Why would a diva be a bad thing anyway? Setiap orang punya definisi berbeza dan bagi saya, saya perlu meletakkan standard yang tinggi untuk diri saya. Saya tidak menyusahkan hidup sesiapa, jadi jika ada yang mahu melabelkan saya sebagai apa sekalipun, go ahead, I am completely happy with that,” senyum Diana tenang. Ada benar pandangannya, jika kita tidak meletakkan standard untuk diri kita sendiri, orang lain mulalah pandai-pandai melabelkan kita. Katanya lagi, “Saya sudah terbeban dengan pelbagai tekanan dari media dan yang pastinya saya tidak sesekali biarkan ia terkesan pada diri saya. Bagi saya apapun bakal ditulis bukan masalahnya, I have my own story,” terang Diana memetik kata-kata pembikin filem dan seni, U-Wei Hj Saari yang berbunyi, “Salah satu sebab mengapa saya tidak suka diinterviu adalah kerana saya perlu memberi komen kepada semua tindakan saya.” Pada pendapatnya, “Saya tidak akan membenarkan mereka menyoal perkara-perkara yang telah saya lakukan atau katakan. Adakala anda terpaksa memberi komen untuk memulihkan keadaan. It’s okay, mereka ada cara mereka, tetapi bagi saya, langkah kaki tiap hari makin laju dan saya tetap akan meneruskan hidup tanpa membiarkan perkara itu menghantui saya.”
 
Her first love has always been music. Kini Diana sedang dalam pembikinan album Rock. Bakat lakonan digilap tanpa disangka dan ia tidak hanya berhenti disitu sahaja, jadi dia mula menganggap lakonan sebagai karier yang serius. Diana masih lagi berlakon hingga kini walaupun sudah bergelar isteri juga seorang ibu. “Menyanyi adalah minat pertama sejak dari kecil, remaja dan sehingga kini masih menjadi passion saya. I want to be able to move people with music. Menulis lagu saya sendiri dan menyanyikannya satu hari nanti,” terang Diana yang mula membuat kemunculan menyanyikan lagu Kami Histeria di Festival Filem Malaysia baru-baru ini.
 
Bulan Januari ini pula, telefilem yang akan ditayangkan di TV3 berjudul ‘Talak’ akan disiarkan dan setelah lama tidak kelihatan di layar, Diana menerima tawaran lakonan ini kerana serik memikirkan kadar perceraian di Malaysia adalah sangat tinggi dan kadangkala dek perkara kecil, perkataan talak sering kali disebut-sebut. “Ada yang tidak menyedari dan sentiasa mencabar si suami dan lafaz talak dibuat main-main. Ada pula pasangan yang tidak menyedari hal itu dan masih meneruskan hidup bersama dan mempunyai anak-anak. Padahal sudah jatuh talak,” tegasnya mahu memberi kesedaran tahap seriusnya lafaz talak. Selain itu filem ‘Hanyut’ yang sudah ditayangkan di Indonesia. Pengedar yang berbeza merasakan ‘Hanyut’ tidak akan memberi impak dari segi tajuk lalu menukarkannya kepada ‘Gunung Emas Almayer’ yang diadaptasi daripada novel tahun 1830-an. Di Malaysia belum lagi ditayangkan namun melihat trailer sahaja, sudah rasa tidak sabar menonton filem sepenuhnya. Cerita Diana, “Filem ini banyak mengajar saya tentang budaya dan wanita pada ketika itu yang tidak boleh mempunyai pendidikan dan setelah berkahwin mereka terikat sepenuhnya kepada perkahwinan dan keluarga dan ini menyedarkan saya betapa beruntungnya dilahirkan pada usia ini. So, you can have kids, be in domestic life and at the same time, run your mission. I’ll never like to be born in any other era,” tambah duta Loreal Paris White Perfect Total 10 dan Lipice ini.
 
diana4
 
PENGORBANAN SEBAGAI ANAK SENI

See also
GLAM Skop Cantik : The Upside Down

Peminat setia Diana Danielle yang mengikuti perkembangan seninya, pasti sudah arif tentang perjalanan kariernya yang bermula sejak dibangku sekolah lagi. Bagaimana agaknya aktiviti remaja dan caranya membahagikan masanya ketika itu. “Kala teman lain sibuk berpesta, saya struggle menguruskan zaman remaja. Pagi ke sekolah dan selepas tamat sekolah, van akan datang menjemput saya ke set shooting hinggalah jam dua pagi dan begitulah hari-hari saya berulang,” ujar Diana yang juga mengatakan dia juga mempunyai cara tersendiri mengatasi tekanan. “I have a free-spirited young side so I wanted to have fun. Sebagai remaja saya juga kuat memberontak namun berpesta bukanlah cara saya, saya akan menguap kerana saya lebih suka melakukan aktiviti outdoor seperti ke pantai. I’m more of a hippie. Saya tidak suka berjaga hingga jam lima pagi dan mengeluh sakit kaki,” beritahu Diana yang pernah tidak pulang rumah selama dua hari kerana berada di puncak gunung, itu lebih menyeronokkan baginya.
 
“Sacrifice? I wouldn’t really call it a sacrifice. Namun mungkin satu antaranya adalah pendidikan. Yang masuk akal bagi saya adalah, orang mencari ilmu untuk mendapatkan kerja, tetapi semasa saya sedang belajar saya sudah pun mempunyai karier, so what am I studying for anyway?” katanya bila disoal tentang pengorbanannya sejak dari kecil. Kini bila kian berusia, kesedaran mengenai pembelajaran tidak berhenti di situ sahaja lagi-lagi setelah bergelar ibu kepada Muhammad makin cepat membesar. Dalam Islam juga berkata, supaya mencari ilmu sampai ke negara China. Konotasi ini membuat kepercayaanya terhadap pelajaran sangat penting untuk menjadi intelek dan berpengetahuan dalam banyak perkara. “Saya mahu melanjutkan pelajaran saya, pada awalnya saya tidak berminat untuk benar-benar belajar dan hanya mahu bekerja dan mempunyai wang sendiri, tetapi kini saya sedar untuk menjadi lebih maju di dalam karier, ia memerlukan kredibiliti dan pendidikan yang tinggi,” kata Diana yang ingin meneruskan pengajiannya dalam bidang Perniagaan dan Keusahawanan tidak lama lagi.
 
Jika melihat Diana yang masih suam-suam dilayar perak sejak kehadiran Muhammad, dia menerangkan, “Saya tidak seaktif mana, mungkin anda melihat saya keluar sedikit di sini dan sedikit di sana. Saya tidak berasa selesa meninggalkan rumah dan anak begitu lama. It takes a lot for me to actually say ‘yes’ to a project unless it really means something to me.” Katanya hidupnya yang straightforward seperti menghabiskan masa bersama suami dan anak adalah rutin hariannya. “Suami saya gemar bermain polo dan satu hari nanti anak kami juga akan mengikuti jejak langkahnya,” kongsi Diana yang sentiasa membawa anaknya ke taman dan ke gim bayi jika ada kelapangan. “My son is my interest and hobby! Selain itu saya suka bermain gitar dan masih belajar. Selain itu saya punya senarai negara yang ingin saya tunaikan seperti Afrika, Mesir, Kanada dan melakukan trip Europe sekali lagi!” kata Diana yang menggemari kasut dan menamakan ia greatest splurge melebih dari segala-galanya.
 
Melihat pada susuk tubuhnya yang fit, akuinya dia memang seorang yang aktif. “Saya pengamal yoga ketika mengandung dan berjalan kaki selama tiga hingga empat jam sehari. I maintain my body by just being very, very busy everyday,” kongsi Diana yang tidak gemar ke gim tetapi jika ada tawaran berlakon dia akan ke gim untuk meningkatkan stamina. “Petua saya banyakkan meminum jus hijau seperti campuran sayur-sayuran dan buah-buahan. Saya mendapat nutrien dan vitamin secukupnya. Resipi saya adalah dengan campuran kale, timun, biji chia dan campurkan lobak merah dan buah-buahan seperti strawberi, oren dan betik. Cubalah anda akan memiliki sepasang mata yang berkilau, kulit yang sihat dan rambut yang menakjubkan!” Ujarnya bersemangat berkongsi petua dan pesannya agar selalu ke spa untuk mendapatkan rawatan muka atau rawatan di rumah seperti melembapkan rambut dan wajah dengan pupur.

See also
10 Soalan Bersama Sabrina Beneett