“Saya sering dianggap sombong dan high maintenance” – Syamim Farid
Teks MUJAHID SADDAM

Kesibukan jadual sebagai hos H! Live tidak menghalang Syamim Farid, 25, untuk mencuri masa ke penggambaran bersama GLAM. Berbekalkan wajah cantik serta semangat jitu dalam dunia pengacaraan, dia terus mengorak langkah ke hadapan. Dalam merencana masa hadapan ujarnya, dunia lakonan merupakan bidang yang mahu dicubanya.
Kongsikan karakter diri anda?
Kuat berangan serta suka bercakap dan kadangkala dengan terlalu laju, mungkin kerana itu saya menjadi hos!
Suatu perkara tentang diri anda yang menjadi kejutan?
Sudah dua tahun saya tidak menjamah nasi dan ianya sering menjadi persoalan ramai bagaimana saya menjalani hidup! Ianya bukanlah kerana diet tetapi adalah kerana saya tidak gemarkannya dan lebih senang mengambil protein. Saya juga punya perasaan fobia pada kucing.
Salah faham terbesar tentang diri anda?
Saya sering dianggap seorang yang sombong dan high maintenance! Ianya sama sekali tidak benar kerana saya adalah seorang yang cepat mesra kala bergaul.
Tidak boleh meninggalkan rumah tanpa?
Telefon bimbit dan dan gula-gula getah.
Lagu terkini dalam playlist anda?
Writings On The Wall oleh Sam Smith merupakan obsesi terbaru saya.
Your guilty pleasure?
Saya punya kelemahan terhadap pencuci mulut. Tidak kiralah kek, ais krim, puding atau pastri, semuanya menjadi kesukaan! Kini saya sedang dalam pelan diet yang tidak melibatkan gula dan ianya merupakan antara cabaran terbesar untuk tidak mengambil dessert.
Definisi kecantikan pada anda?
Ianya haruslah bermula dari dalaman.
Perkara yang menakutkan anda?
Apabila segala yang dirancang tidak kesampaian.
Buku bacaan terakhir?
To All The Boys I’ve Loved Before oleh Jenny Han.
Idola dalam hidup?
Saya cukup kagum dengan kejayaan yang ditempa oleh Vivy Yusof. Dia seorang wanita yang bijak dan walau berada di puncak, masih penuh dengan sifat merendah diri.
Perubahan pada dunia yang mahu dilihat?
Bunuh sikap menghakimi individu lain, tiada lagi pergaduhan dan pancarkan sinar kebaikan sesama manusia.
Nasihat terbaik pernah diterima?
“Percaya pada diri sendiri, you are Syamim Farid, you can do it!”. Ibu juga selalu berpesan untuk sentiasa ingat dan percaya pada Tuhan Maha Esa because He knows best.
Penata Gaya YANA BAHARUDIN
Penyelaras AZZA FARHANA
Gambar AARON/ LENSOWRK STUDIO
Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN
Solekan ZAMRI ZAINOL/LANCOME
Dandanan WINSON KOW HAIRTISTIC
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
