Manifestasi Tiga Jelitawan Fitness Addict Gaya Hidup Sihat

Tiga Rupawan Berkongsi Manifestasi Fitness Addict Dalam Menjalani Gaya Hidup Sihat

TIGA RUPAWAN BERKONGSI MANIFESTASI FITNESS ADDICT DALAM MENJALANI GAYA HIDUP SIHAT. TUNKU NADIA NAQUIYUDDIN, DATIN SABRENA DANI & MAWAR PROEHOEMAN BERCAKAP MENGENAI REGIM SENAMAN HARIAN.

 

Tunku Nadia terkenal sebagai salah seorang Dj terhangat masa kini. Sekiranya anda selalu menghadiri parti di ibu kota, Tunku Nadia Tunku Naquiyuddin antara wajah yang sering menghidangkan muzik sebagai halwa telinga hadirin. Kala Najeeb menyolek wajahnya, dia sempat memberitahu saya, “I absolutely love her nose, mancung! Cantik terletak.” Saya yang ralit melihat Najeeb ‘berkarya’ pada wajah Nadia turut mengakui kata-katanya. Nadia tiba di lokasi fotografi dengan mengusung satu bagasi bersamanya. Di dalamnya terisi helaian konsep resort daripada label pereka. Nadia tidak kekok memberikan pose walaupun dia sebenarnya jarang beraksi di depan kamera. Di bawah cahaya matahari terik, dia bersikap profesional untuk terus memberikan pose yang terbaik dari dalam kolam renang untuk dirakamkan.

 

Apa yang terbaru mengenai you? “I’m currently a resident DJ at The Vault KL pada setiap malam Sabtu. Saya juga ada mainkan muzik di kelab mahupun majlis. When I play solo I go by the name DJ Nadia. Tetapi jika saya berkolaborasi duo bersama teman baik saya, we go by the name Twinkies.

 

Nadia akui, bersenam bukanlah suatu perkara baru yang mengisi jadual hariannya. Sejak di bangku sekolah lagi wanita ini sudah mengamalkan senaman. Saya difahamkan jadual waktunya padat terisi dengan aktiviti sehariannya. Dia akan mulakan harinya pada jam 9.00 pagi. Tetapi apabila ada latihan Triple B sesi pagi, jam 7.00 pagi dia sudah berkejaran ke Fuel Athletic berlokasi di Damansara. Dan selepas itu dia akan uruskan kerjanya melalui komputer riba sehingga jam 2.00 petang. Kebiasaanya dia hanya akan makan tengah hari di depan komputer riba sahaja. Di sebelah petang Nadia akan lakukan rejim senaman hariannya. Sama ada dia buat senaman Hot Yoga, Circuit Training, kelas Muay Thai di Klinch atau berlari sekitar Desa Park City. Sesekali dia akan mengayuh basikal sejauh 20km. Waktu malam jika tidak berkerja, Nadia biasanya akan makan malam di rumah sahaja sambil menonton siri tv yang diminatinya sebelum tidur. “Jika di rumah saya akan luangkan waktu kualiti bersama anak-anak saudara saya. Because they love my attention all the time. Ada waktu saya berenang dengan mereka di kolam renang di rumah. We paint and get creative together in their art room. Selalunya saya kena berlakon jadi penonton as they both love to perform to me whether its singing, dancing or acting.”

 

Nadia sempat berkongsi dengan lebih terperinci jadual fitnessnya. Melihat lengannya yang berotot dan perutnya yang memiliki six-packs saya tahu dia amat konsisten dengan rejim fitnessnya. “Tahu kenapa saya amat komited dengan senaman? Kerana saya suka makan! So working out makes me feel less guilty about having charcoal pavlova from Bakar for example! Setiap minggu saya akan pastikan untuk melakukan tiga sesi hot yoga, dan dua aktiviti sukan yang berbeza sama ada skuash, badminton, bola keranjang ataupun futsal. Dan jika di gym, saya cukup suka dengan fitness boxing, hit classes di Firestation Fitness, dan sesi triple b di Fuel Athletics,” sambung Nadia mengenai rahsia dia amalkan gaya hidup sihat. Selain itu dia turut mengambil supplements seperti Multi Vitamins, 1000mg Vitamin C, vitamin B dan Coq10 untuk memberi tenaga kepada aktiviti hariannya.

 

Bercakap soal fesyen, Nadia lebih sukakan sesuatu yang bersifat kasual. “Saya bukanlah seorang yang gemarkan gaya ‘loud’. Prinsip ‘less is more’ saya simpan kemas di sanubari. Saya suka mengenakan sesuatu yang minimal tetapi masih tampak elegan. Cukup dengan kemeja-T dan jeans yang dihidupkan dengan sneakers label pereka.” Apabila bersantai dengan teman-teman gaya Nadia terarah kepada lebih feminin. Dia selalunya akan mengenakan skinny jeans bersama crop top dan menyarungkan sepatu tumit tinggi.

 

“Karya Karl Legerfeld mencuri hati ini untuk melabur pada kecintaan saya pada fesyen. Pun begitu obsesi saya kini berpihak kepada label Off-White. Helaiannya digarap dengan gabungan elemen couture dan streetstyle. Tentunya saya juga cukup mengagumi rekaan Alia Bastamam yang berbaur classy serta elegan. Potongannya membuatkan semua wanita berasa sempurna dengan bentuk badan mereka,” ujarnya.

See also
Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Minggu Fesyen Paris 2024

 

Meneroka dunia menjadi hobi wanita berusia 34 tahun ini sejak kecil lagi. Trip terbarunya di Maldives mengundang 1001 kenangan buat Nadia. Percutian lima sekawan untuk meraikan ulang tahunnya itu menjadi kenangan terindah terakam dalam diari persahabatannya bersama teman-teman. Bermalam di hotel mewah yang menawarkan panorama pulau yang menakjubkan. And the food was world class! Dia ternyata sudah jatuh cinta pada bumi Maldives dan berjanji untuk ke sana lagi jika berkesempatan. “Maldives adalah mimpi indah yang bertukar realiti bagi saya. Underwater spa di Huvafen-Fushi di Maldives adalah spa terbaik yang pernah saya kunjungi sepanjang mengembara. It was absolutely beautiful down there with all the lively coral fish amongstthe colourful reef. Tetapi jika restoran, saya memilih S.W.Restaurant di Wynn Las Vegas. Stik di sana sangat sempurna dan tidak boleh ditandingi oleh mana-mana restoran stik yang pernah saya cuba. I always leave 100 percent satisfied after stuffing myself there! Iceland juga antara negara yang telah mengunci hati saya. Saya teringin sekali untuk menjejak kaki di Lapland yang terletak di Finland. Saya mahu diri berbaring dengan bermandikan cahaya bintang-bintang di langit sambil menyaksikan efek Aurora Borealis,” terangnya panjang lebar sebelum mengakhiri perbualan hari itu.

 

Datin Sabrena Dani cukup dikenali dengan gaya hidupnya yang sihat. Saya sepertikan tidak sabar mahu menemuramah Sabrena. Mahu cungkil rahsia dia menjaga badan dengan baik sekali. Saat dirinya muncul, kecantikan asli miliknya memukau. Ternyata wajah polos tanpa mekapnya tampak segar sambil melemparkan senyuman yang bisa menusuk aura positif bagi sesiapa sahaja yang merenungnya. Apa yang saya amati, personalitinya amat menyenangkan dan butir-butir yang keluar dari bibirnya seolah-olah dia wanita yang cekal dan positif dalam meniti kehidupan seharian.

 

Siapa tidak cemburu melihat tubuhnya yang berbentuk hour-glass? Semua gara-gara kehidupan sehariannya yang tidak lekang daripada bersenam dan ini sekaligus menjadikan Sabrena sebagai ikon kepada peminat-peminatnya di Instagram. Video-video dan gambar-gambar yang dimuatnaik di Instagram menjadikan dia sumber inspirasi buat ramai wanita untuk menjaga kesihatan dengan bersenam. Sewaktu mengandungkan Adinda Adreana Dani, 2, Sabrena tidak mematikan rutin senamannya. Katanya jika ibu hamil selalu bersenam ia akan lebih memudahkan proses melahirkan bayi.

 

Saya bisa melihat seri yang terpancar dari riak wajahnya yang menceritakan dia amat bahagia dengan statusnya sebagai ibu buat julung kalinya. Menurut Sabrena menjadi ibu banyak mengajarnya erti sabar. “Alhamdulillah sewaktu kandungkan Adinda saya tidak mengidam yang pelik-pelik. Semuanya baik-baik sahaja. Perasaan teruja memiliki zuriat sendiri adalah kegembiraan yang tidak terkira pada saya dan suami. Saya memang sudah simpan nama Adinda sejak tujuh tahun yang lalu. Nama itu diambil sempena nama teman baik saya. Apabila bergelar ibu, baru saya tahu pengorbanan ibu membesarkan saya selama ini. Saya belajar untuk bersabar melayan kerenah anak. Ada waktu dia menangis tidak mahu berhenti, tidak mahu makan, tidak mahu tidur. Sehingga satu tahap saya tidak tahu mahu buat apa. Mula-mula itu tidak tahan juga. Tetapi bila difikir-fikirkan dia hanyalah bayi yang tidak mengerti apa-apa. Sebenarnya she won’t cry for nothing. Pasti bersebab. Ada masa perut kembung, kadang-kadang sembelit dan sebagainya,” kata Sabrena menceritakan pengalamannya menjadi ibu.

 

Memandangkan you sangat menjaga pemakanan, adakah pemakanan Adinda juga dikawal? “Sebenarnya saya tidaklah begitu ketat dalam bab makan, saya akan jaga betul-betul pemakanan apabila mahu kurangkan berat badan. Cumanya saya tidak makan melampau-lampau, cukup sekadar mengalas perut bukanlah sampai kenyang tersandar! Sebab itu kalau Hari Raya saya dan suami tidak suka pergi open house. Nanti kami asyik makan dan makan. Jadi, kami akan cuba elakkan daripada menghadiri open house. Cuma saya kalah dengan makanan di restoran Banana leaf! Ikutkan hati, hari-hari nak makan di sana. Ya benar, saya jaga pemakanan Adinda, makanannya tidak mengandungi gula, kalau garam pun sikit sahaja cukup sebagai memberi rasa. Saya tidak mahu didik Adinda dengan makanan coklat and all those sweet candies,” sambungnya lagi.

See also
Kendall Jenner Kembali Membidas Kritikan Terhadap Model Generasi Millennial

 

Saya bertanya apa yang dia dapat dari Datuk Wira Dani sewaktu Hari Ibu. Dia menguntumkan senyuman penuh makna. “I get spoiled by my husband. Saya menerima sejambak bunga besar, dan dibawa candle light dinner juga diberikan hadiah. Hadiah apa? Biarlah rahsia…haha!”Bagaimana you terus kekalkan kemesraan bersama suami walaupun sudah ada anak? “Adinda is a morning baby dan dia akan tidur awal. Biasanya jam tujuh malam dia sudah tidur. Jadi saya akan dating dengan suami untuk menonton wayang atau keluar makan waktu malam. Sekali sekala saya akan keluar bersama teman-teman,” ujar Sabrena yang memiliki dua pembantu rumah. Seorang uruskan rumah dan satu lagi uruskan Adinda. Wanita ini juga akui biarpun Adinda baru berusia dua tahun, anaknya mewarisi perwatakan cekal sebagaimana dirinya dan Dani. Rutin hariannya kini lebih tertumpu kepada Adinda. Dia akan menghantar Adinda ke sekolah yang menerapkan kaedah pembelajaran dari Jepun.

 

Saat yang dinanti-nantikan saya yakni mencungkil satu persatu rahsia kecantikannya. Sabrena akan pastikan setiap hari dia mengambil supplements seperti vitamin C, vitamin B, dan minyak Zaitun. Untuk produk muka jenama Celmonze cocok sekali dengan kulit wajahnya. Dia juga akan buat rawatan facial tiga minggu sekali dan setiap hari mengenakan krim tabir suria pada wajah bagi mengelakkan pancaran UV sang suria. Sabrena bercerita mengenai senaman hariannya. “Dalam seminggu pasti empat ke lima kali saya buat workout yang berselang-seli antara kardio, yoga, pilates dan angkat berat. Di gym saya paling suka aktiviti kick boxing dan aerobics. Setiap tahun saya akan letakkan matlamat apa yang mahu saya fokuskan dalam senaman. Tentunya BodyTone ibarat rumah kedua saya! Pencapaian paling membanggakan apabila saya berlari sejauh tiga kilometer tiga kali seminggu dan hasilnya selepas enam bulan saya hilang 10kg!”

 

Mengangkat Beyonce dan Rihanna sebagai ikon fesyennya dan helaian di geroboknya juga dipengaruhi melalui muzik, tempat yang dilawati, dan tentunya majalah fesyen. Sabrena menyifatkan stail fesyennya bersifat elegan dan minimalis. Walau dalam berpakaian sukan dia akan pastikan identiti feminin tidak hilang, seperti menyarungkan aksesori. Bicara soal kembara bersamanya, memang tidak pernah cukup masa. Di Instagram pengikut boleh menyaksikan kehidupannya yang penuh dengan percutiaan di pulau-pulau eksotik di seluruh pelosok dunia. Melihat bikini body empunya diri yang begitu sempurna mampu membuat siapapun iri padanya. Tetapi ujar Sabrena, 35, dia berusaha keras untuk capai bentuk badan idamannya. “Going to a nice gym and doing a sport that you like will definitely encourage you to attain your fitness goal. Sesekali saya tinggalkan candle light dinner dan berdating dengan suami dengan mengayuh basikal bersama-sama di sekitar ibu kota. Dan jika di musim sejuk, kami akan melakukan aktiviti ski. Bersenam juga merupakan waktu kualiti saya dan suami,” jelasnya.

 

Mawar Proehoeman sudah sinonim dengan industri fesyen. Menjawat jawatan Pengurus jualan di Aseana membuatkan dia begitu arif dalam soal trend fesyen terkini yang mendominasi pentas runway setiap musim. Hari itu, gaya santainya yang mengenakan dress polos rona putih bersama sneakers putih memberi imej resort pada look keseluruhannya. Kebetulan pada hari itu Mawar tidak berapa sihat, mujur suite yang disediakan The Royale Chulan Damansara cukup selesa untuk istirehat sebelum sesi fotografi bermula.

 

Orangnya kelihatan pemalu pada mulanya tetapi apabila sudah mula berbual dia menjadi peramah. “Saya orangnya easy going dan peramah, cumanya kadang-kadang itu saya akan bersikap reserved. Depending on the person mungkin!” Mawar cuba menjelaskan personalitinya. Tetapi walaupun dalam keadaan demam Mawar masih punya tenaga untuk menguntumkan senyuman pada setiap kru.

See also
GLAM MEMORI: Nur Fazura

 

Ibu tunggal kepada dua anak perempuan iaitu Hamidah Jemima, 11, dan Leila Jehan,5 membuat dia merencana tugasannya sebaik mungkin sebagai ibu dan masa sama bekerja di gelanggang fesyen. Kehidupan sosial dulunya terpaksa ditolak ke tepi demi memberi perhatian sepenuhnya padaanak-anaknya. Tetapi kini, semenjak anak-anaknya sudah besar, barulah Mawar memberi ganjaran buat dirinya dengan keluar untuk sesi girls night out dan mengembara bersama teman-teman baik. Sama seperti Nadia, percutian di Maldives sempena menyambut hari lahir Nadia menebarkan rasa bahagia pada dirinya. Kata Mawar dia suka segala-galanya yang ada di sana. Orangnya, suasana di sana, semuanya indah belaka menurut Mawar. Kembaranya baru-baru ini di Koh Samui mampu meleraikan segala kekusutan di benak fikirannya.

 

Merisik rutin hariannya, Mawar laju bercerita. “I’m quite the travel bug. And I travel a lot with friends as much as I can. Satu hari nanti saya mahu ke Iceland dan melihat sendiri the Nothern lights. Waktu saya padat! Senantiasa berkejaran antara menguruskan sekolah anak-anak, kerja, memasak dan tentunya masa kualiti buat diri saya adalah di gym. Hobi saya setiap hari eat, sleep, gym and repeat! Haha!” jelasnya berseloroh. Untuk kekalkan tenaganya, dia mengambil vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium dan minyak salmon. Kata Mawar, sejak dia mengamalkan senaman secara konsisten, badan berasa ringan serta lebih cergas. Fitness umpama ketagihannya kini. Dalam seminggu pasti dia akan ke Fuel Athletics untuk latihan crossfit selain turut aktif dengan latihan kick boxing dan aerobics. Empat kali seminggu dia ada sesi senaman bersama jurulatih peribadi. “Apa yang saya amalkan apabila setiap hari bersenam, saya akan rehatkan tubuh untuk satu ke dua hari bagi memulihkan sengal-sengal pada otot. My goal is to get really toned and have six packs.” Menurut Mawar lagi, setiap hari dia akan cuba kawal nafsu dengan clean eat. Dia akan menyukat pemakanannya dengan kandungan karbohidrat dan protein yang seimbang. Mawar akui ada masa dia akan beri ganjaran pada dirinya untuk memakan apa saja tanpa rasa bersalah. Ia dipanggil cheat days.” “Mengawal selera makan dan bersenam dengan konsisten bukanlah semudah yang anda dengar. Saya kalah dengan biskut coklat. The struggle is real, tetapi sebaik tubuh anda terbiasa and start seeing results, you just want to keep on going! Tetapi berpada-padalah, jangan terlalu ekstrem, anda kena tahu tahap ketahanan dan stamina tubuh anda untuk lakukan sesuatu aktiviti itu,” jelasnya lagi.

 

Menjadi ibu bukanlah suatu tugas yang mudah, tambahan Mawar, 34, adalah ibu tunggal. Dia akan cuba curahkan segala yang terbaik agar anak-anaknya tidak berasa kekurangan. Ada waktu terluang mereka akan menyanyi dan menari bersama, membeli-belah, berkelah dan menghabiskan masa di kolam renang. Jika ada cuti panjang pastinya anak beranak ini bercuti ke luar negara. Demi mahu mengambil hati anak-anaknya, Mawar berjinak-jinak di dapur dan kini boleh dikatakan dia hebat di dapur. Antara yang sering dimasak untuk anak-anaknya ialah lasagne, beef stew, ayam panggang dan segala jenis masakan pasta.

 

Mawar seronok bercerita mengenai dua anak perempuannya yang nyata mempunyai perwatakan berbeza. Anak sulungnya, Hamidah Jemima digambarkan seorang gadis yang pintar, penyayang, mudah mesra dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. “She’s a social butterfly in school. Jemima juga sangat pandai menjaga anak kecil. Kakak yang boleh diharap,” ujar Mawar. Anak bongsunya, Leila Jehan karakternya agak diva tetapi si kecil ini seorang yang penyayang. Sifatnya yang amat mengambil berat mengenai ibunya membuatkan Mawar tersentuh. “Ramai teman yang kata Leila banyak ikut saya. Dia suka menyanyi dan menari seperti saya! It’s takes a while for her to warm up with people she’s not familiar with. Tetapi kalau dah kenal letih pula nak melayan kerenahnya!”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Ogos 2016