YSL Beauty Hotel: The Beauty Hot Spot
Dibuka di Paris, London, Tokyo, dan New York sebelum ini, YSL Beauty Hotel kini membuka pintunya untuk mereka yang ingin "menginap" di hotel menawan ini di Malaysia!
Menggunakan sebuah bangunan warisan Kuala Lumpur, YSL Beauty Hotel menerima pengunjung untuk dua hari berturut-turut telah menyajikan pelbagai jenis hiburan dan previu eksklusif, you name it. Penampilan istimewa golongan elit Kuala Lumpur seperti Marion Caunter, Awal Ashaari, Izara Aishah, Siti Saleha dan suami Lufti Azhar, Datin Sri Eannes Chop dan juga Debbie Goh telah memeriahkan malam pertama pembukaan mereka.
Memastikan pengunjung mereka dapat merasai seakan-akan berada di sebuah hotel yang benar, YSL menyediakan kunci khas untuk para jemputan daftar masuk sebelum diberi kunci YSL Beauty Hotel yang menawarkan akses kepada tingkat-tingkat lain yang wajar dilawati for that amazing Instagram photo-op!
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk melihat previu gincu terbaru YSL Beauty, Rouge Pur Couture The Slim yang terletak pada aras bawah tanah. Aras satu pula menampilkan wangian Mon Paris dan Y. All Hour Beauty Bar juga menjadi antara tarikan utama pengunjung.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026
Rayakan Diri Anda Dengan 5 Aktiviti Self-Love Mewah Ini
Jun 16, 2026

