Neelofa dan Karlie Kloss Meraikan #BrillianceForAll Oleh Swarovski di Milan
Milan Fashion Week baru sahaja bermula dengan beberapa jenama besar di kota Milan dan Swarovski juga tidak mahu ketinggalan untuk meraikan permulaan minggu yang istimewa ini untuk meraikan kempen Holiday mereka #BrillianceForAll dengan "Crystal Wonderland Party" di Milan bersama beberapa nama besar termasuklah selebriti tempatan kita Neelofa dan influencer Venice Min.
Tidak lupa juga duta besar Swarovski, supermodel Karlie Kloss juga turut hadir dalam persalinan kristal Swarovski rekaan Ronald van der Kamp.
Bintang-bintang kempen Holiday seperti Naomi Campbell, Jourdan Dunn, Chiara Ferragni, Maye Musk, Boy George, Fei Fei Sun, Maggie Jiang, Bryanboy, Eric Rutherford dan Nolan Funk juga hadir untuk memeriahkan lagi malam tersebut.
Parti tersebut telah diusahakan oleh ahli Lembaga Eksekutif Swarovski Robert Buchbauer di Villa Gernetto yang menawan di sebuah kawasan pedalaman Milan. Nama-nama besar lain yang turut hadir adalah model Alessandra Ambrosio, Martha Hunt, Shanina Shaik, dan influencer dari Brazil Giovanna Ewbank.
Pilihan Bacaan Seterusnya
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026
GLAM It Girl: Syaza Katrina
May 14, 2026
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026

