Evolusi Seamaster Diver 300M Legasi 25 Tahun Omega
Selepas 25 tahun diperkenalkan sejak 1993, OMEGA Seamaster Professional Diver 300M dianggap legenda dalam kalangan peminat jam tangan. Kini koleksi terbaru mereka diberi rupa lebih segar dan moden.

Impian penggemar jam tangan dewasa ini semakin bercambah seiring peredaran waktu. Semestinya keperluan individu menjalani gaya hidup ringkas mahu dipenuhi. Hati siapa tidak tertawan gambar kempen Daniel Craig separuh menyelam dengan sut mewahnya menyarung koleksi terbaru OMEGA Seamaster ini.
Berita baik buat penggemar aktiviti menyelam, anda kini tidak perlu berfikir panjang saat untuk santai di laut. Malah mampu menyelam bersama OMEGA Seamaster Professional Diver 300M.
Mempunyai diameter lebih besar, setiap satu daripada 14 model Diver 300M ini termasuk model baru ini (42 mm) dilengkapi dengan Master Chronometer Calibre 8800 lantas membuatkan jam tangan ini tampil lebih jitu, mampu memberikan persembahan mantap dan juga tahan magnet.

Omega memperkenalkan 14 model unik yang terdiri daripada enam jam tahan karat dan lapan lagi juga tahan karat tetapi diperhalusi dengan emas 18K.
[envira-gallery id="85660"]
Daripada model ikonik diving bezel, dail yang dibuat daripada seramik hingga ke motif ombak yang popular, Omega telah memberi perhatian terperinci kepada setiap aspek untuk memastikan hasil yang sempurna. Kelak mampu menepati cita rasa mereka yang dambakan kemewahan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

