Ekslusif GLAM Bersama DeGem Chief Jewellery Designer Vivien Koh - Glam Malaysia

Ekslusif GLAM Bersama DeGem Chief Jewellery Designer Vivien Koh

Dambaan Perincian Koleksi DeGem

 

Cabaran buat pasukan pereka DeGem hari ini adalah mencari kelainan di dalam menghasilkan setiap rekaan terbaharu. Setiap satunya perlu menyaingi jenama lain untuk mengekalkan pelanggan asli dan juga menangkap hati pelanggan baru.

 

Chief Jewellery Designer of DeGem, Vivien Koh.

GLAM berkesempatan menemu bual DeGem Chief Jewellery Designer, Vivien Koh mengenai koleksi terbaharu mereka dari bagaimana ilham diperolehi sehinggalah pemilihian butir permata.

 

Terangkan peranan anda sebagai Chief Jewellery Designer untuk DeGem.

Saya berada dalam industri barangan perhiasan sudah lebih daripada 20 tahun. Sekarang saya mengetuai pasukan yang terdiri daripada tiga pereka muda lagi berbakat dan kami bersama-sama menghasilkan semua perhiasan indah yang kamu boleh jumpai di DeGem.

 

Kami mengeluarkan sekurang-kurangnya satu koleksi eksklusif setiap tahun dan beberapa lagi koleksi kecil untuk jenama lain di bawah DeGem. Sebagai ketua jabatan rekaan, saya bukan sahaja harus sentiasa peka dengan trend perhiasan terkini malah juga mengenai berita fesyen kerana kedua-duanya berkaitan. Kami perlu terus menghasilkan rekaan baru yang cantik dari segi estetik dan mempunyai makna buat setiap individu yang mengenakannya.

 
[envira-gallery id=”67782″]

Dari kiri: Mermaid Beauty daripada DeGem Fairytale Collection yang menampilkan lebih daripada satu batu permata dalam rekaan ini. Subang Enchanted Rose daripada DeGem Fairytale Collection inspirasi Beauty and the Beast ini menggunakan spinel merah sebagai tarikan utama.

See also
JLo X Versace Spring-Summer 2020

 

Proses yang anda lalui untuk mereka sebuah koleksi.

Kebiasaannya kami akan mengadakan sesi brainstroming dengan pasukan jualan dan pemasaran dan membincangkan segala-galanya termasuklah perkara yang tidak berkaitan dengan perhiasan. Menggabungkan idea kami dengan trend terkini, kami akan mula menghasilkan konsep sesuatu koleksi sebelum kami beralih ke rekaan koleksi tersebut. Teras kepada sesuatu koleksi adalah konsep utamanya dan dari situ kami akan melalui proses panjang dalam mencari serta memilih warna dan bentuk batu permata yang sesuai dengan rekaan kami. Kami mengawal segalanya dalam proses penghasilan koleksi daripada lakaran dan pemilihan batu permata sehingga proses pembuatan.

 

Sebagai contoh, melalu koleksi-koleksi signatur seperti koleksi terbaru Fairy Tale, kami menggabungkan kisah-kisah menarik daripada kalangan kisah dongeng; batu permata yang menawan; rekaan kreatif dan ketukangan yang teliti untuk menghidupkan satu set perhiasan mewah yang berupaya menjadi lagasinya sendiri.

 

The Enchanted Rose Necklace daripada DeGem Fairytale Collection inspirasi oleh Beauty and the Beast.

Kenapa batu-batu permata ini menjadi koleksi signatur dalam setiap rekaan perhiasan?

Kami percaya bahawa batu permata merupakan jantung kepada sesuatu perhiasan dan rekaan kami bertujuan untuk menyerlahkan kecantikan batu-batu permata yang dipilih. Batu permata membenarkan kami untuk mencantikkan barang perhiasan dengan warna, kilauan dan bentuk mereka. Contohnya, rantai Enchanted Rose kami yang diinspirasikan oleh kisah ‘Beauty and the Beast’ dihidupkan dengan penggunaan spinel sah tanpa rawatan dalam rona merah terang – yang lebih jarang ditemui daripada delima.

See also
Izara Aishah Meterai Janji Cinta Bersama Adib Khalid

 

Kami juga mahu pelanggan-pelanggan kami merasa luar biasa apabila mereka memiliki barang perhiasan daripada koleksi signatur DeGem. Selalunya kami mungkin tidak dapat menghasilkan rekaan yang sama kerana tiada barangan perhiasan yang sama dengan batu-batu permata yang kami gunakan. Kami mendapatkan batu permata yang jarang dijumpai untuk koleksi perhiasan kami seperti spinel.

 

Kelainan DeGem dibandingkan dari segi jenama lain.

Sebagai jenama tempatan, kekuatan kami datang daripada servis peribadi yang kami tawarkan kepada para pelanggan kami. Barangan perhiasan merupakan aset peribadi yang mengkapsulkan emosi atau detik tertentu dalam hidup kita — jadi keinginan untuk keperibadian dalam barangan perhiasan sangat penting sehingga ke hari ini. Kami juga berupaya untuk mengawal sepenuhnya produksi produk kami, daripada pemilihan batu permata ke lakaran rekaan, model 3D dan sentuhan terakhir setiap ceraian kami. Ini membolehkan kami untuk memastikan kualiti produk kami terjaga dalam setiap langkah produksi sehinggalah produk itu diterima oleh pelanggan kami.

 

Rantai Sweet Indulgence Necklace daripada DeGem Fairytale Collection dengan batu permata spinel pelbagai rona.

Bagaimana anda mengenal pasti perhiasan yang layak untuk menjadi sebahagian koleksi signatur?

Untuk menjadi sebahagian daripada koleksi signatur kami, setiap ceraian perhiasan harus merangkumi tema utama koleksi tersebut. Rekaan dan pertukangan perhiasan tersebut harus sempurna dan batu permata yang digunakan juga perlu mempunyai kualiti yang tertinggi.

See also
19 Gaya Karpet Merah Paling Menawan Sepanjang 2017

 

Koleksi/rekaan yang menjadi kebanggaan anda

Saya suka semua koleksi saya kerana setiap satu adalah unik namun jikalau saya perlu memilih, rekaan kegemaran saya adalah seutas rantai “Majestic Castle” yang menawan daripada koleksi Fairy Tale kami. Tarikan utama ceraian ini adalah opal api dalam bentuk bujur ibarat pelangi dengan saiz 8.8 karat. Ceraian ini amat istimewa kepada saya kerana ia direka untuk menggabungkan pelbagai batu permata menarik seperti opal api, berlian kuning, berlian hitam, dan aquamarine untuk menghasilkan ceraian ini.

 
[envira-gallery id=”67785″]

Dari kiri: Bintang untuk ceraian Majestic Castle kegemaran Vivien Koh adalah fire opal ibarat pelangi yang digunakan untuk rekaan ini. Cincin Magic Mirror daripada koleksi yang sama pula diinspirasikan oleh kisah Snow White.

 

Apakah trend yang sedang hangat?

Trend terkini menampilkan barangan perhiasan yang minimal dan serba boleh. Selain daripada menggunakan faktor ini untuk rekaan kami, DeGem juga terus mencari kepelbagaian batu-batu permata yang unik yang boleh “mengganggu” amalan semasa dalam rekaan perhiasan pada daerah ini.