Diari Putaran Dunia 365 Hari - Glam Malaysia

Diari Putaran Dunia 365 Hari

Seutas jam tangan yang boleh digayakan sepanjang tahun? Lantas itu menjadi cabaran buat chanel dan terus dipotretkan 365 hari dengan imej yang merai jam tangan baru mereka yakni J12 365.

 

photo-1

Sejak pertama kali koleksi jam tangan J12 ini diperkenalkan ia terus menjadi dambaan utama wanita. Dek kerana rekaan yang cukup moden dan berselera minimum, ia boleh digayakan dalam apa juga stail. Jam tangan yang sarat rasa uniseks ini mula meraih perhatian pada 1999 dan kini Chanel tidak terus berdiam diri dengan melancarkan koleksi J12 365 yang mana mengambil inspirasi daripada kehidupan seharian seorang wanita. Pucuk soalannya adalah bagaimana untuk memuaskan wanita dengan satu utas jam, maka item inilah sebagai jawapannya.

 

photo-3

Saya terbang ke Hong Kong demi melihat koleksi jam tangan baru ini. dalam suasana yang cukup privasi, pameran imej yang sarat teknologi mencuit raya baru rahsia jam tangan ini. Sebanyak 265 imej yang berkaitan dengan dunia wanita disajikan bagaikan satu pameran kehidupan wanita Chanel. tiada lagi rahsianya yang jam ini praktikal untuk setiap hari dan untuk apa juga acara. Hadir alam rona hitam atau putih, menguatkan lagi rasa klasik Chanel yang cukup hebat merai palet vintaj mereka. setiap rona pula hadir dalam empat rekaan yang berbeza-beza.

See also
Gerangan 11 Jejaka Yang Memberi Inspirasi Kepada Taylor Swift Untuk Berkarya

 
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Estetika jam tangan yang berbeza-beza ini diraikan dengan perincian yang unik. Masih menggunakan seramik sebagai bahan asas, jam tangan J12 365 ini diperkaya dengan kemasan yang tahan daripada calar. Selain itu, jam tangan kebanggaan Chanel turut mampu bertahan sedalam 100 meter ke dasar air, meletakkan sebagai satu jam tangan fesyen yang menyanjung tinggi nilai kesukanan. Jika rekaan yang datang dengan berlian, ia hadir dalam 69 butir berlian kesemuanya yang mengelilingi permukaan jam tangan. Manakala 68 butir berlian pula menghiasi atas dail jam.

 

DIARI J12 365

 

chanel

Pameran jam tangan yang berlangsung, tempatnya serba serbi putih. Dalam ruang legar yang membulat, setiap imej yang menggambarkan kehidupan wanita selama 365 hari dipertontonkan. Semunya adalah satu imej yang dekat dengan hati wanita. Seperti menghantar anak pada hari pertama persekolahan dan ada juga gambar wanita ke sesi yoga. Cukup membiaskan cita rasa wanita Chanel yang sempurna. Selain itu, ada juga petikan kata-kata pujangga yang indah yang sebenarnya mampu memberikan rasa keyakinan pada diri. Inilah yang apa Chanel mahukan, sesuatu yang mampu berdiri sendiri. Kukuh laksana jam tangannya yang baru ini.

See also
Eksklusif: Backstage Di Pentas Chanel Musim Luruh 2016

 

photo-33

Walaupun masih menyuntik elemen gaya maskulin, namun masih terdetik hati Chanel untuk menyanjung tinggi stail kewanitaan. Jika koleksi jam tangan Chanel J12 yang terdahulu diameter lebarnya adalah 38 milimeter manakala kali ini, Chanel mengambil keputusan untuk mengecilkan kebesaran dail agar terletak cantik pada pergelangan tangan wanita yang kecil. Paling terbaru buat koleksi J12 365, kebesaran diameter adalah 36.5 milimeter. Dikuasakan dengan pergerakan self-winding dengan kuasa 42 jam.