Panduan Membina Pantri Dapur Sistematik
Pantri dapur adalah salah satu sistem organisasi yang memastikan peralatan, aksesori dan bahan kering memasak tersimpan rapi, memudahkan capaian dalam masa sama harus bergaya. GLAM Deko senaraikan 5 perkara perlu tahu untuk membina pantri praktikal dan sistematik untuk semua jenis kediaman.

Gambar : Pantos Chef by Antonia Astori
Material keluli tahan karat paling sesuai digunakan untuk kegunaan pantri dapur kering atau basah.
KONSEP – Fahami struktur sebenar pantri yang perlu dibina menyerupai walk-in closet. Dilindungi sayap pintu dan memiliki beberapa rekaan rak untuk organisasi barang-barang.
REKAAN RAK – Anda boleh memilih jenis rak berpandukan gerak kerja dapur dan citarasa peribadi. Samaada rak berpara, gelangsar, pull – out, laci, bakul, atau multifungsi. Pastikan rak dibina daripada bahan keluli tahan karat dan teguh.
Gambar : Arclinea Lader
Rekaan rak terbuka memudahkan capaian dan pencarian bahan ketika berada di dapur.
KEKAL SEGAR – Pindahkan bekalan bahan kering; tepung, gula, bijirin ke dalam bekas kanister kedap udara. Selain bahan kekal segar dan tahan lebih lama, kanister mempersembahkan wajah pantri lebih bergaya. Pilih kanister lut sinar untuk memudahkan pandangan mata. Letakkan label di setiap bekas.
TRAY TIP – Gunakan dulang kecil untuk menyimpan paket-paket kecil seperti herba, serbuk perencah dan kekacang. Anda hanya perlu tarik dulang untuk melihat barangan yang diperlukan. Aturkan di atas rak tinggi. Jangan lupa melabel.

Gambar : Troli rak Raskog, Ikea
Rak jenis troli sesuai untuk kediaman yang memiliki keluasan ruang terhad; loft, apartment.
PANDANGAN MUDAH – Aturkan barang-barang yang kerap digunakan pada bahagian rak paras mata. Gunakan ruang lantai untuk item seperti bekas kitar semula, tong, dan besen. Manakala, rak paling atas untuk barangan membuat kek; mesin pemutar, penimbang, dan dulang kek.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

