Sejenak – Binaan Oasis Peribadi Indah
Rawat tubuh dan jiwa hanya di mahligai menerusi binaan oasis indah. Apungan wangian alam semula jadi bagaikan berada di ladang bunga, pencahayaan suram, mandian bunga tidak cukup buat memulihkan tubuh tidak bermaya.
Tip:
- Kamar mandi adalah ruang santuari peribadi yang perlu dititikberatkan. Tidak semestinya anda memerlukan binaan tab mandi. Cukup sekadar mandian air panas ditemani bauan segar arometerapi. Gunakan lulur diperbuat daripada bahan semula jadi untuk menanggalkan sisa kulit mati dan daki yang ada di permukaan kulit. Take your own sweet time while doing it dan selepas selesai, serta-merta tubuh terasa segar tidak terperi.
- Jika kamar mandi mempunyai tab mandi; penuhkan tab mandi dengan air panas, titiskan minyak esen ros atau lavender tanpa sabun. Tambahkan hirisan lemon atau limau nipis jika mahu. Rendamkan kaki seketika sebelum melabuhkan tubuh terus ke dalam air. Kosongkan minda semasa berada di dalam tab.
- Pasangkan diffuser elektronik. Pilih aroma minyak esen yang mampu menghilangkan resah dan gundah di jiwa seperti lemon, lavender, serai dan bunga ylang-ylang. Hindarkan penggunaan lilin kerana ianya adalah bahan bakar yang menghasilkan asap sekali gus menjadikan penghuni second-hand smoker.
- Pilih lampu meja atau lampu tidur yang boleh dimalapkan mengikut mood. Reka bentuk terendak juga memainkan peranan dalam pengcahayaan. Terendak berwarna putih menghasilkan cahaya yang tidak terlalu malap dan menyamankan berbeza terendak berwarna merah dan biru yang menghasilkan cahaya malap dan menjadikan bilik agak gelap.
Sorotan Lain
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cantik
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
May 28, 2026
Gaya Hidup
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
May 28, 2026
Fesyen
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
May 28, 2026
Fesyen
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
May 26, 2026
Cantik
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
May 26, 2026
Gaya Hidup
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
May 25, 2026
Gaya Hidup
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
May 25, 2026
Gaya Hidup

