Sajian - Resipi Istimewa Selebriti dan Chef Sempena Aidiladha - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Sajian – Resipi Istimewa Selebriti dan Chef Sempena Aidiladha

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

ChefAduAmran

Chef Adu Amran
“Selama di London, saya sedaya upaya mengekalkan rasa asli masakan Melayu namun mengubah bentuk persembahan agar mudah ‘dihadam’ orang Inggeris seperti Sushi Serunding ini”

ONE_8980

Sushi Serunding Bersama Mentega Kacang Pedas

Bahan-bahan

Sushi

5 – 6 helai nori (kepingan rumpai laut)
3 mangkuk beras sushi direndam selama 30 minit dan dicuci bersih sehingga air basuhan jernih
3 mangkuk air
3 sudu besar cuka Jepun
1 sudu kecil gula kastor
1 tab serunding daing atau ayam dicincang halus

Mentega Kacang Pedas

5 sudu besar mentega kacang
2 sudu besar air
2 ulas bawang putih dicincang lumat
1 batang cili merah dibuang biji dan dicincang lumat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Lada sulah secukup rasa

Cara menyediakan

1. Tanak nasi seperti biasa. Apabila sudah masak, sejukkan.
2. Gaul rata nasi bersama cuka dan gula.
3. Letakkan sehelai nori di atas tikar buluh. Sukat beras menggunakan jari (celup jari ke dalam air bagi mengelakkan beras melekat pada jari) pada bahagian bawah helaian nori, kira-kira ½ sm tebal.
4. Letakkan serunding (arah melintang) di tengah – tengah nasi dan gulung padat. ‘Gam’ gulungan sushi dengan air.
5. Potong sushi berukuran 1 ½ inci.
6. Untuk mentega kacang, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul mesra. Simpan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.
7. Hidang sushi bersama mentega kacang pedas.

See also
4 Cara Mudah Ruang Mesra Alam

 

Slide untuk lihat gambar. 

[/tps_header]