Libur – Romantis Alam Di Avani Gold Coast Sepang

Semangat alam kuat membentuk ambien dan persekitaran resort, menggabungkan kecantikan dan keindahan tropika, menjadikan Avani Gold Coast Resort Sepang pilihan romantik penginapan vila atas air buat pasangan berbulan madu atau menyambut hari kekasih, jauh dari sesak kota.

Pelawaan meneroka penginapan bertemankan keindahan persekitaran resort yang menjanjikan ketenangan, juga privasi untuk bersama tersayang, tidak mungkin dilepaskan. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari kota metropolitan dan hanya 90 minit dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, membawa GLAM Deko menyelusuri jalan pinggir bandar, ditemani pepohon hijau di kiri dan kanan jalan. Rasa tenang dan damai semakin menebal menambah keterujaan untuk merasai pengalaman indah di sini.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

PALET RASA SEMPURNA

Avani Sepang memiliki enam buah restoran buat pengunjung menikmati rasa sebenar kulinari orang tempatan. Berilhamkan gastronomi tempatan, Restoran Sepoi-Sepoi menafsirkan resipi asli dalam cetusan rasa kontemporari. Buat yang inginkan kelainan dengan seleksi menu yang mampu merangsang deria rasa, Hai Sang Lou dengan menu yang bold dan rasa berbeza yang pasti tidak menghampakan. Sajian makan malam romantis, ditemani kerdipan bintang-bintang dan lautan, Kafe Perahu sentuhan air tangan pakar kulinari tempatan. Tidak ketinggalan Kafe Bila-Bila, Stimbot dan Selat Bar yang membawa anda berimaginasi palet rasa pelbagai, dari sajian antarabangsa sehinggalah resepi tempatan menarik untuk dicuba.

Restaurant Bila-Bila

POST A COMMENT