Kediaman – Stylish Contemporary
Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
Perjalanan menuju ke kawasan perumahan seluas 1,000 ekar, The Rise Emerald, Rawang mengambil masa hampir 1 jam dari ibu kota. Seni bina moden, simetri lurus dan warna asas hitam dan putih menjadi paksi pembentukan perumahan elit, jenis 0-lot banglo di pinggir ibu kota ini.
Terbina di kawasan berbukit, langsung menawarkan pemandangan landskap taman dan aktiviti setempat. Nadia Farannie mendiami banglo ini bersama suami, Mustaffa Mahat dan empat anak mereka.
“Sebelum ini, kami mendiami unit kondominium di Sri Maya; atas tuntutan keperluan keluarga yang kian membesar, kami memerlukan lebih ruang. Lagipula, Rawang berdekatan dengan kaum keluarga sebelah suami menjadikan lokasi kediaman ini ideal buat kami,” jelas Nadia yang bekerja di Kuala Lumpur.
Banglo dibina tiga tingkat dengan lima kamar beradu, ruang utiliti, dapur, ruang tamu, ruang makan dan landskap luar. Kekal dengan struktur asal keseluruhan banglo, pemilik hanya menfokuskan pada bahagian tertentu di kediaman sebagai permulaan menata rias antaranya ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang membasuh baju.
“Putih, warm, cosy dan diselangi elemen hijau semulajadi adalah apa yang saya mahukan. Rujukan koleksi gambar di pinterest banyak mempengaruhi citarasa dan konsep yang diingini. Saya menggunakan khidmat pereka dalaman kerana tidak tahu cara mengakses barang-barang yang diperlukan,” sambung Nadia.
Nadia meletakkan kepercayaan pada pasukan pereka Zedya, daripada Dya Planner Sdn Bhd. Ruang tamu utama, ruang makan dan dapur berkongsi pelan lantai yang sama di aras dua banglo. Tanpa sebarang dinding pemisah, ruang tamu mengatur reka letak perabot dalam gaya konvensional. Sofa kuning Scandinavian, Blomma daripada Joy Design Studio memecah dimensi warna di kamar tamu. Meja kopi lutsinar, Ghost Table dibeli di Urban Culture mempamerkan citarasa moden eklektik penghuni.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

