Kediaman - Pesona Feminin Elegan Suraya Yeop Jr. - Page 3 of 8 - Glam Malaysia

Kediaman – Pesona Feminin Elegan Suraya Yeop Jr.

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apabila berpindah, dia tidak banyak membeli perabot baru dan mengguna pakai semula perabot sedia ada. “Saya betul-betul mengambil masa dalam menghias, tidak terkejar-kejar. Menceduk inspirasi dari majalah dekorasi dan gambar-gambar di instagram dan pinterest banyak membantu saya membuat pilihan.

Lawatan kerja ke Guang Zhou, pengeluar perabot terbesar dunia dan melihat sendiri festival reka bentuk tersohor, Maison & Object di Paris membuka mata dan memberi inspirasi buat saya; begitu banyak untuk dilihat, belajar dan absorb;  yang membuatkan mereka jauh lebih mahu ke depan dalam bidang reka bentuk dan interior,” kata Suraya yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang reka bentuk.