Kediaman – Kluster The Courtyard
Menampilkan gaya moden dengan sentuhan segar kontemporari elegan, kediaman contoh Gamuda Gardens bagi unit kediaman jenis kluster diberi sentuhan dekorasi oleh kumpulan pereka dari Joy Design. Setiap unit kediaman ini menonjolkan objektif reka bentuk yang nyata memberi keselesaan dengan jaminan kualiti terbaik sebagai pelengkap kediaman di lokasi persekitaran yang selamat, tenang dan privasi. Kediaman yang berkeluasan 2600 kaki persegi dibangunkan oleh pemaju Gamuda Land berlokasi di Rawang, Selangor.
Memasuki unit kediaman kluster dua tingkat yang diberi nama The Courtyard, mempunyai tiga buah kamar, sebuah bilik serba guna dan empat buah kamar mandi serta sebuah courtyard di bahagian tengah ruang. Binaan courtyard membolehkan pancaran cahaya suria yang mula meninggi menata pencahayaan dan menebar udara ke dalam ruang dengan bukaan pintu gelangsar. Lantas menjadikan ruang terasa lapang, berangin dan begitu mengundang. Mood relaks gaya moden yang diilhamkan oleh persekitaran iklim tropika diwujudkan dengan gandingan perabot mewah sebagai pelengkap ruang.
Suntikan elemen dekorasi moden diterjemahkan pada segenap tata hias ruang dalaman. Di sinilah pilihan perabot yang tepat turut memainkan peranan. Saiz dan jenis kemasan serta tekstur yang selektif mencetuskan imej kemewahan yang memberi impak pada ruang. Gandingan warna yang tepat dan teliti juga berjaya menghidupkan ruang dan masih memperlihatkan keluasannya serta mengundang keselesaan. Dengan latar ruang meminjam padanan rona-rona bumi, putih gading, dan kelabu, penggayaan kediaman jelas memperlihatkan keseimbangan untuk menyuntik rasa harmoni. Elemen moden bersemi ambien tropika diserlahkan dengan jelas dan sempurna.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

