Sajian – Linguini Bawang Putih bersama Lemon dan Udang Pedas
Ramai menyatakan memasak tidaklah susah, tetapi kerja-kerja mengemas dapur adalah paling dibenci ramai wanita. Tell me about it! Masakan berkonsepkan satu periuk (one-pot meal) bermula dari masakan jenis sup, stew, kacau goreng dilihat sebagai satu pilihan masakan rumah yang mudah disediakan, enak dinikmati dan tentunya sihat dengan segala jenis protein, karbo dan zat diperlukan tubuh. Pasta antara hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk lengkap pelbagai nutrisi malah telah dibuktikan sebagai alternatif karbo terbaik bagi yang berdiet. Anda boleh cuba resipi Linguini yang semestinya mudah dan enak.

Linguini Bawang Putih bersama Lemon dan Udang Pedas
Bahan – bahan
250 gm linguini
2.5 cawan stok ayam
200 gm udang
5 biji bawang putih dihiris
1 biji tomato kering
1 sudu kecil emping cili
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1 ikat daun parsli
1 biji jus lemon
Cara menyediakan
- Masukkan kesemua bahan kecual daun parsli dan jus lemon ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
- Kacau pasta agar tidak melekat.
- Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente dan kuah memekat.
- Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
- Kemudian, masukkan jus lemon dan kacau rata. Taburkan daun parsli untuk menghidang.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
