Inspirasi Bridge Of Peace, Seni Bina Saloma Link Seindah Nama - Glam Malaysia

Inspirasi Bridge Of Peace, Seni Bina Saloma Link Seindah Nama

Pada 6 Februari lalu, Pintasan Saloma (Saloma Link) secara rasminya dibuka kepada orang awam yang menjadi penghubung di antara Kampung Baru dan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Penghubung ini dikatakan telah memudahkan orang awam dan menjadi tourist spot kerana keunikan rekaan seni binanya.

Projek Saloma Link adalah jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter  dan yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada KLCC.

Dikatakan bakal menjadi tarikan terbaru buat Kuala Lumpur, hanya 10 minit sahaja masa diambil untuk berjalan dari Kampung Baru ke KLCC.

Rekaan Saloma Link diinspirasikan daripada Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun konsep seni bina jambatan ini menyerupai sirih junjung yang menggambarkan budaya Melayu.

Syarikat yang bertanggungjawab dalam seni bina Saloma Link ini ialah The Veritas Design Group. Antara projek lain yang popular direka oleh syarikat ini termasuk Legoland Malaysia, Masjid Universiti Teknologi Petronas, Stadium Tertutup Larkin dan beberapa lagi seni bina ikonik dalam dan luar negara.

See also
GLAM Deko Feb/Mac 2018

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kredit: The Veritas Design Group