GLAM Deko Destinasi – Gaya Scandinavian
Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : Nostaloft
Gaya Scandinavian yang segar dan mendamaikan ternyata memikat cita rasa ramai anak muda dewasa ini. Mainan palet suram dan samar menjadikan ia suai padan terbaik berbalas ambien ruang dalam palitan segar putih. Nostaloft kini menawarkan seleksi perabot dengan rekaan penuh gaya artistik namun tetap praktikal dan selesa digunakan.
Memilih untuk memenuhi cita rasa urban, perabot yang ditawarkan jenama ini ideal untuk kediaman dengan keluasan terhad seperti apartmen dan kondominium. Namun begitu ia kekal serasi jika anda mendiami kediaman dengan penataan dan konsep yang bersesuaian saiz ruang. Percaya bahawa ruang tidak hanya perlu indah dan praktikal, ia juga memastikan seleksi perabot yang ditawarkan berkualiti dan tahan lama.
Ruang pamer Nostaloft bertapak di Oval Damansara.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Mengenali Kekuatan Koleksi HardWear Oleh Tiffany & Co.
Jun 11, 2026
Bella Astillah & Syed Saddiq Cetus Inspirasi ‘Fit-Inspo’ Bersama
Jun 11, 2026
Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026
Jun 11, 2026
TIMETIC Timeless Ritual Antara Rawatan Rambut Paling Berkesan
Jun 10, 2026
Kejelitaan Abadi Che’ Puan Khaleeda Yang Menambat Hati Rakyat
Jun 10, 2026
Gucci Bawa Pesona Musim Panas Ke Monte Carlo
Jun 10, 2026
Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Jun 10, 2026

